• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia

Oleh
Aina Musa
21 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah diucapkan!

Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia. Atlet remaja Muay Thai Sarawak, Mohammad Johan Ghazali Zulfikar muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Beliau telah menewaskan wakil Rusia, Rustam Yunusob bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dalam acara final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia
Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia. Kredit Foto: FB Rentap Muay Thai Gym

Johan menang 20-18 ke atas lawannya iaitu menerusi kiraan 10-9 pada pusingan pertama dan mengekalkan skor sama pada pusingan berikutnya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Thomas itu sebelum ini turut menjuarai kejohanan Muay Thai di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pernah meraih pingat perak pada kejohanan di Turkiye.

Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia
Sumber gambar: Twitter @TeamMsia

Terbaik muncul juara dunia selepas 5 tahun penantian

Menurut ciapan menerusi Twitter milik salah seorang penyokong beliau, Johan Ghazali berjaya merangkul emas dalam pertandingan itu selepas 5 tahun menantikan kemenangan itu.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan atlet tersebut.

5 tahun penantian, akhirnya emas jadi milik Johan Ghazali!!!! Hard work paid off, tahniah Johan!!!🇲🇾🥇@ASTROARENA pic.twitter.com/uaUdM4YagY

— pekxian (@syennn__) August 20, 2022

Kejuaraan beliau turut diraikan oleh para penyokong bagi meraikan momen indah beliau sebagai juara Muay Thai remaja peringkat dunia.

Di luar arena, penyokong sama-sama meraikan momen indah bersama Johan Ghazali🇲🇾❤️ @IFMA_Muaythai @ASTROARENA pic.twitter.com/ZXRQxpq0E3

— pekxian (@syennn__) August 20, 2022

Tahniah diucapkan kepada Johan Ghazali kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak sekali gus di mata dunia.

Semoga lebih ramai atlet Sarawak yang menginspirasikan beliau dan membawa nama Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi.

Kenali atlet yang pernah membanggakan Sarawak di peringkat dunia:

‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham
Pemecah Rekod Luar Biasa! ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau Dinobat Antara 10 Atlet Para Terbaik Di Dunia
SUMBER :FB Rentap Muay Thai Gym
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Penganjuran Borneo International Kite Festival Tahun Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen Tiada Penganjuran Borneo International Kite Festival Tahun Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Next Article Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?