Empat lapangan terbang dilengkapi autogate baharu termasuk KKIA dan KIA
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Bakal Dilengkapi Autogate Kod QR. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) bakal menjadi antara empat lapangan terbang utama yang akan dipasang sistem pintu automatik atau autogate menggunakan kod QR!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan bahawa sistem ini telah menunjukkan keberkesanan di KLIA, dan kini kerajaan merancang untuk memperluaskannya ke lapangan terbang lain bagi mempercepatkan urusan imigresen, menurut laporan media tempatan.

Empat Lapangan Terbang Akan Terima Autogate QR
Sebagai langkah seterusnya, autogate kod QR ini akan dipasang di:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Menurut Saifuddin, langkah ini adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan di pintu masuk utama negara, terutamanya bagi rakyat Malaysia yang sering berulang-alik.
Sistem Dah Berjaya di KLIA
Sistem autogate kod QR ini sebenarnya telah mula diuji di KLIA 1 dan KLIA 2 sejak Januari 2025. Berdasarkan data yang dikongsi oleh Saifuddin:
- Hampir 800,000 rakyat Malaysia telah mendaftar dengan aplikasi MyBorderPass sejak ia dilancarkan pada 1 Januari lalu.
- 25% pengguna di KLIA sudah menggunakan autogate kod QR, manakala 60% masih menggunakan autogate pasport dan 15% melalui kaunter manual.
- Purata masa untuk melepasi autogate kod QR hanya 5 saat! (vs autogate pasport: 15 saat, kaunter manual: bergantung kepada panjang barisan).
Jadi, kalau guna autogate QR, confirm lebih cepat dan tak perlu beratur panjang.
Persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026
Kerajaan memberi keutamaan kepada pelaksanaan sistem ini kerana Malaysia bakal menjadi tuan rumah hampir 400 mesyuarat peringkat ASEAN tahun ini, yang melibatkan pegawai kanan, menteri serta ketua-ketua negara.
Selain itu, dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang semakin hampir, peningkatan jumlah pelancong memerlukan sistem imigresen yang lebih cekap dan pantas.
Apa Pendapat Anda?
Adakah ini berita baik bagi anda yang sering travel? Atau masih lebih selesa guna kaunter manual? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

