• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
21 Februari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Pihak hotel menawarkan tempat berbuka untuk tahun 2023 ini

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching. Setiap tahun pada bulan Ramadhan, destinasi-destinasi ini pasti menjadi kunjungan orang ramai & warga setempat untuk berbuka puasa.

Isi Isi Penting
  • 1. Riverside Majestic (Sape Restaurant)
  • 2. Riverside Majestic (Majestic Restaurant)
  • 3. Grand Margherita Hotel
  • 4. Dormani Hotel
  • 5. Borneo Convention Centre (BCCK)
  • 5. Raia Hotel

Pihak hotel dan juga restoran pada kebiasaannya akan menawarkan pelbagai pakej berbuka puasa yang menarik serta murah/ harga berpatutan bagi membolehkan umat Islam iftar bersama rakan-rakan.

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching
Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Memandangkan bulan depan masuk bulan Ramadhan, berikut adalah senarai yang anda boleh survey untuk tempahan buka puasa di Kuching:

1. Riverside Majestic (Sape Restaurant)

Sape Restaurant di Riverside Majestic ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa untuk berbuka puasa. Terdapat hidangan tempatan dan barat yang boleh memuaskan selera semua orang.

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Di sini, mereka menawarkan harga pembelian awal iaitu pada harga RM118 seorang. Tawaran ini hanya tersedia sebelum 8 Mac 2023 ini. Jadi, kena booking awal tau! Harga biasa pulak adalah RM138 seorang dan RM74 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.

2. Riverside Majestic (Majestic Restaurant)

Menawarkan menu buffet berbuka puasa yang extravagant buat para pelanggan.

Di Majestic Restaurant pula menawarkan hidangan berbuka puasa dengan harga RM138 untuk belian awal sahaja. Tawaran ini juga hanya tersedia sebelum 8 Mac 2023 ini. Manakala pada harga biasanya adalah RM158 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak pula RM84.

3. Grand Margherita Hotel

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Grand Margherita Hotel ini menawarkan hidangan berbuka puasa dengan tema “Macam-Macam Ada” yang terdiri daripada lebih daripada 100 hidangan termasuk sate, sup kambing dan kuih-muih tradisional.

Mereka juga menawarkan harga pembelian awal iaitu pada harga RM108 seorang. Tawaran ini hanya tersedia sebelum 8 Mac 2023 ini. Jadi, kena booking awal tau! Harga biasa pula adalah RM128 seorang dan RM69 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.

4. Dormani Hotel

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Tempat ini merupakan antara hotel yang menawarkan hidangan berbuka puasa yang murah di Kuching. Dormani Hotel adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang gemarkan makanan dengan harga yang berpatutan.

Mereka menawarkan harga pembelian awal iaitu pada bermula harga RM28 sahaja untuk seorang. Tawaran ini tersedia sepanjang bulan Ramadan.

5. Borneo Convention Centre (BCCK)

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Borneo Convention Centre Kuching, kini telah membuka tempahan untuk Ramadan Buffet mereka yang bakal berlangsung pada bulan hadapan dengan harga mula dari RM50. Buffet ini akan menawarkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia serta hidangan antarabangsa yang pasti memuaskan selera anda.

Antara hidangan menariknya adalah, Roasted Whole Lamb, Chilled Prawns & Green Mussels, Home Cured Norwegian Salmon, Slow Roasted Beef in Hoi Sin Sauce, Roasted Turkey dan pelbagai pilihan hidangan menggoda untuk dinikmati!

5. Raia Hotel

Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching
Kini Buka Tempahan, Ini Adalah Senarai 5 Tempat Yang Tawarkan Tempat Berbuka Buffet Di Kuching

Di Raia Hotel Convention Centre, mereka menawarkan hidangan berbuka puasa dengan harga RM73.50 untuk belian awal sahaja. Manakala pada harga biasanya adalah RM105 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak pula RM52.50 dan warga emas pula adalah RM73.50 sahaja.

Menariknya, jika anda bawa 9 orang dewasa untuk berbuka puasa di sini, anda boleh dapatkan bayaran percuma untuk seorang.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah:

Serendah RM50, BCCK Kini Buka Tempahan Untuk Ramadan Buffet
3 Tahun Belum Terima Gambar Nikah, Wanita Ini Luah Rasa Kesal Terhadap Servis Fotografi Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuba Terjun Bangunan Di Bintulu, Bomba Berjaya Selamatkan Wanita Warganegara Indonesia
Next Article Obor-Obor Dikesan Di Dua Pantai Utama KK, DBKK Keluar Amaran Larangan Berenang Obor-Obor Dikesan Di Dua Pantai Utama KK, DBKK Keluar Amaran Larangan Berenang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?