• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

Oleh
Nazihah AN
18 Mac 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

Anda boleh mengawal cara pengambilan makanan yang sederhana

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, pastinya ramai yang di kalangan yang mengamalkan gaya hidup yang berlainan, dan mengakibatkan pengambilan makanan yang tidak tentu terutama sekali sewaktu berbuka puasa. Tahukah anda? Bulan puasa ini sebenarnya bulan yang senang untuk menaikkan berat badan. Berpuasa dan kurang melakukan aktiviti di siang hari dan berbuka puasa dengan pengambilan makanan yang banyak boleh menyebabkan kitaran metabolisme lebih perlahan berbanding dengan hari biasa.

Oleh itu, untuk mengekalkan pemakanan yang sihat dan berat badan yang ideal sepanjang bulan Ramadan, Anda hendaklah minum air secukupnya, makan buah-buahan, sayur-sayuran dan protein secukupnya. Untuk berbuka pula, anda boleh mengawal cara pengambilan makanan yang sederhana.

Berikut ialah 4 jenis makanan yang terbaik untuk berbuka:

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Di Bulan Ramadan
4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

1. Jus Buah atau Jus Kelapa

Selepas seharian berpuasa, tubuh badan anda akan kekurangan glukosa. Oleh itu, untuk mengembalikan glukosa di dalam badan ke tahap normal, anda boleh mengambil jus buah kegemaran anda dan bukan air daripada kordial sebelum anda menjamah makanan berbuka. Antara buah yang terbaik untuk dijadikan jus ialah buah tembikai, kurma dan banyak lagi. Selain itu, air kelapa juga bagus untuk menggantikan glukosa dalam badan. Air kelapa juga boleh memberi hidrasi dalam badan dan mengembalikan elektrolit yang hilang di siang hari.

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Di Bulan Ramadan
4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

2. Sup, Stew dan Bubur

Sebenarnya, makanan jenis ini amat sesuai untuk iftar kerana setelah seharian berpuasa, air rebusan dan sup sangat senang untuk dihaadam dalam perut. Anda boleh mencuba stew daging atau sup sayuran dan juga boleh tambahkan jenis kekacang dan lentil atau juga pasta untuk zat makanan. Ianya juga merupakan satu cara untuk menambahkan pengambilan cecair sebagai tambahan kepada air atau jus. Dan sudah semestinya bubur lambuk adalah pilihan yang paling popular di bulan Ramadan!

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Di Bulan Ramadan

3. Buah-buahan dan sayuran-sayuran

Antara sayuran hijau seperti brokoli, saderi, asparagus dan bunga kubis adalah pilihan yang baik untuk berbuka. Ianya rendah asid dan juga boleh mengawal gejala ketidakhadaman, asid refluks atau sakit gastrik yang anda mungkin alami. Untuk buah-buahan sitrus pula, sebaiknya elakkan mengambil semasa iftar kerana ianya berasid dan boleh menjadikan masalah penghadaman lebih teruk. Namun, ambil kurma, pisang, tembikai atau tembikai susu kerana ianya lebih lembut dan tidak mendatangkan sakit perut.

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Di Bulan Ramadan

4. Snek Cara Sihat

Semasa iftar, anda mungkin terasa mahu makan lebih daripada biasa atau mengidam snek yang manis atau masin. Pastikan anda mengekalkan bahagian makan malam anda seperti biasa dan mengambil pemanis mulut atau snek dalam kuantiti yang sedikit selepas berbuka atau lebih dikenali sebagai ‘moreh’. Anda boleh mengambil satu atau dua cawan buah-buahan, smoothie atau yogurt. Ini adalah makanan yang bernutrisi yang mengenyangkan dan boleh mengurangkan risiko masalah risiko masalah penghadaman dan penambahan berat badan. Ingat, elakkan makanan masin, pedas atau bergoreng sebelum tidur.

Iftar ialah masa anda untuk mengembalikan tenaga dan menggantikan segala nutrisi dan vitamin yang hilang dalam tubuh badan di siang hari atau juga kerana sahur yang tidak lengkap. Semasa iftar, anda dinasihatkan untuk bermula dengan makanan yang lembut dan mengambil setiap kumpulan makanan seperti protein, buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat kompleks dan lemak dalam kuantiti yang sederhana.

Lagi di sini:

Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini
Dr Zul Saran Makan Kurma Butter Sempena Bulan Ramadan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Lelaki Serah Diri Setelah Buat Provokasi Di Jalan Demak Remaja Lelaki Serah Diri Setelah Buat Provokasi Di Jalan Demak
Next Article Akibat Kekangan Dana, Pengamal Budaya Dayak Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?