• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual ‘Semah’

Oleh
ILB - AI
10 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Pelbagai versi kisah seram mengenai Hantu Janet tersebar secara berleluasa satu ketika dahulu.

Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual ‘Semah’. Majoriti masyarakat di Kuching, Sarawak amnya pasti telah mengetahui kisah seram mengenai Hantu Janet yang terkenal di era 60an dan 80an pada satu ketika dahulu.

Orang ramai pasti akan berasa was-was untuk keluar pada waktu malam kerana pelbagai versi kisah seram mengenai Hantu Janet tersebar secara berleluasa satu ketika dahulu. Hal ini dirasakan terutama sekali pada mereka yang gemar keluar di waktu malam mahupun yang terpaksa mencari rezeki pada sebelah malam.

Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual 'Semah'
Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual ‘Semah’. SUMBER GAMBAR : Sarawakiana.net

Janet, seorang jururawat yang diculik dan menjadi mangsa ‘semah’

Difahamkan Janet adalah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dimana pada hari kejadian berlaku saat dirinya diculik adalah selepas bertugas shift lewat malam.

Sudah menjadi lumrah bagi masyarakat zaman dahulu mempercayai bahawa ritual “korban semah” bagi setiap pembinaan dimana ritual tersebut hanya akan dilaksanakan jika syarat utama bagi mempermudahkan proses ritual berkenaan menggunakan kepala orang yang diculik akan dipenggal untuk dijadikan semah kepada penunggu yang sering menghalang pembinaan tersebut.

Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual 'Semah'
Gambar hiasan.

Bila kerja pembinaan tergendala disebabkan sesuatu masalah, ia bermakna penunggu meminta korban untuk disemah sebelum mendirikan sesuatu bangunan/pembinaan yang akan menjadikannya kukuh dan stabil.

Ada kaitan dengan pembinaan Jambatan Satok?

Pada ketika kejadian tersebut berlaku, penculikan dan kehilangan Janet berkait rapat dengan projek pembinaan Jambatan Satok Kuching dimana terdapat satu struktur besar sedang dibuat iaitu pembinaan dan kerana itulah mereka yang terlibat mula mencari mangsa. Selalunya mereka mencari gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan (biasanya ditanam dalam tiang konkrit).

Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual 'Semah'
Jambatan Satok, Kuching

Oleh yang demikian, ramai cerita mengenai kemunculan “Janet” yang mulai hangat diperkatakan sering menjelmakan dirinya dengan merayau-rayau keseorangan di tengah malam di antara Kampung Kudei serta Kampung Bintangor iaitu kampung-kampung yang terletak di kawasan Satok dan seringkali diceritakan bahawa ada ramai yang melihat hantu “Janet” akan berjalan keseorangan dengan berbaju merah dan berkasut merah.

Jika ada lelaki yang tertawan dengan rupa parasnya yang dikatakan cantik dan gebu maka lelaki itu akan diajak oleh hantu “Janet” untuk menemaninya menonton wayang larut malam atau “midnight show” di Panggung Cathay yang terletak berdekatan dengan Masjid Bahagian Kuching.

Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual 'Semah'
Panggung Cathay yang kini sudah dirobohkan.

Seringkali dikatakan bahawa setiap kali juruwang Panggung Cathay akan menemui daun mahupun duit orang mati Cina di dalam lipatan duit perolehan panggung wayang pada keesokan harinya.

Sejauh mana benarnya kisah ini, tiada siapa yang tahu. Terdapat juga versi versi lain kisah hantu janet ini sebenarnya. Anda pernah dengar yang mana satu?

Terdapat juga batu-batu di Sarawak yang masing-masing mempunyai kisah misteri :

Disebalik kemajuan pembangunan fizikal yang berlaku di Kuching, terdapat kawasan kawasan tinggalan lama yang masih menjadi persoalan sehingga kini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun
Next Article Netizen Marah Daging Goreng Anak Anjing Dijual Di Sibu, Tetapi Ini Kisah Sebenarnya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?