• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun

Oleh
ILB - AI
10 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Selepas 20 tahun dan ini pertama kali!

Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun. Sungguh menggembirakan apabila buat pertama kalinya ada telur penyu dijumpai disini dan terakhir kali adalah 20 tahun yang lalu. Bahkan, jumlah telur yang ditemui cukup banyak iaitu 67 biji.

67 biji telur tersebut telah berjaya dialihkan ke tempat pengeraman di Taman Negara Samalaju (SNP). Hal ini bagi memastikan telur-telur tersebut dapat menetas dengan sempurna.

Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun.
Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

‘Kejutan’ untuk pelawat

Penemuan telur penyu agar tersebut berlaku semasa rombongan Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Tourism Board (STB), DayakDaily, TVS dan warga Sarawak Forestry Corporation (SFC) membuat lawatan ke Taman Negara Samalaju di Bintulu. Lawatan untuk Program D’Drift 2022 ini telah memberi kejutan kepada rombongan dengan penemuan 67 biji telur penyu agar ini.

Pada awalnya, lawatan ini hanya sekadar menerokai dan memperluaskan pengetahuan tentang taman negara yang sedia ada serta mengetengahkan keunikannya yang lain. Hal ini bertujuan untuk merancakkan lagi industri pelancongan dalam Sarawak.

Yang menarik lagi semasa lawatan, rombongan telah berpeluang juga untuk menyaksikan kehadiran sekumpulan ikan lumba-lumba Irrawaddy semasa perjalankan ke Turtle Beach.

Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun
Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Pelbagai aktiviti dijalankan semasa lawatan.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh rombongan sepanjang lawatan ini adalah seperti ”Boat Cruise” dan aktiviti gotong-royong pembersihan Turtle Beach 1 dan 2 terutamanya dalam membersihkan kawasan Turtle Beach daripada sampah bawaan air laut.

Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Semoga dengan penemuan ini, lebih banyak penyu agar bertelur di Golden Beach sekaligus meningkatkan populasi penyu yang kini semakin membimbangkan.

Ini pula adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan alam sekitar serta hidupan laut seperti penyu:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas
Next Article Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual ‘Semah’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?