Wah, memang lain macam industri perfileman Malaysia kita!
Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini. Masih ingatkah anda dengan filem produksi filem sejarah yang berkisarkan tentang misteri Jerunei pada dua tahun yang lalu? Dengar-dengar filem seram ini bakal ditayangkan pada tahun ini setelah 2 tahun ditunda tayangannya.
Bagi masyarakat Melanau, anda mesti tahu dengan sejarah Jerunei di Kampung Tellian Mukah kan? Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, ianya sangatlah menarik kerana ia menceritakan sejarah, adat dan kepercayaan bagi kaum melanau ini.
Kalau anda nak tahu apa yang membuatkan filem ini lain daripada yang lain ialah, ianya memaparkan tentang sejarah silam kaum Melanau yang penuh misteri terutama berkaitan dengan adat pengebumian golongan bangsawan Melanau dengan Jerunei. Menarik bukan?

Jerunei the untold story yang tidak pernah diceritakan dalam sejarah
Jerunei adalah salah satu lambang yang bersejarah bagi masyarakat Melanau. Jerunei telah dijadikan tempat persemadian orang-orang bangsawan Melanau pada masa dahulu tetapi tidak lagi diamalkan pada masa sekarang.
Hal ini kerana masyarakat sekarang lebih bertamadun berbanding dengan masyarakat zaman dahulu. Ramai yang menjadi korban daripada pembinaan Jerunei ini. Jerunii hanya diperbuat daripada kayu belian yang besar dan cukup tua kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca panas dan hujan hingga ratusan tahun.
Pada tiang jerunai, dikorek dua atau tiga lubang. Lubang di bahagian bawah dan tengah dikhaskan untuk menempatkan mayat atau rangka tulang si mati dan barangan bernilai sebagai bekalan di alam lain. Sementara, lubang di bahagian atas dikhaskan kepada hamba abdi atau orang-orang yang dipilih khas oleh si mati sewaktu hidupnya.
Di bahagian luar tiang jerunai biasanya dilakar indah ukiran bermotifkan binatang seperti naga, harimau, ular, tikus dan sebagainya tertakluk kepada kedudukan pemiliknya.

Dengan harapan, ianya dapat menjadi filem ‘box office’!
Perbezaan yang dibawakan filem Sumpahan Jerunei bukan sekadar mengenai kisah seram, tetapi dalam masa sama mahu menjadikannya sebagai sebuah naskhah yang mampu menjadi rujukan buat rakyat di negara ini terhadap legasi satu masyarakat di Sarawak.
Filem yang berlatar belakangkan sejarah penting ini diharapkan dapat meraih perhatian masyarakat Malaysia sebagai satu representasi sejarah penting Jerunei ke layar perak.

Filem lakonan Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip dan banyak lagi!
Mengangkat ke layar perak sejarah silam kaum Melanau yang penuh misteri terutama berkaitan dengan adat pengebumian golongan bangsawan Melanau dengan jerunei, filem arahan Jason Chong ini dibintangi oleh kombinasi pelakon hebat sepeti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, dan banyak lagi!
Walaupun belum official trailer, mari kita lihat scene-scene yang mendebarkan di bawah ini!
Sebenarnya telah dikhabarkan bahawa filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun lepas, namun akibat penularan wabak COVID-19, tayangan filem ini telah ditunda sehingga ke tahun hadapan menurut Tony Eusoff dalam posting beliau di Instagramnya.
Begitu juga dengan salah seorang pelakon hebat kita dalam filem ini, Yuyun Hikmah juga telah memberitahu di ruangan komen beliau bahawa filem ini bakal ditayangkan apabila panggung wayang dibuka semula. Amin, semoga dipermudahkan semuanya! Min dah tak sabar nak tengok hehee
Perbezaan yang dibawakan filem Sumpahan Jerunei bukan sekadar mengenai kisah seram, tetapi dalam masa sama mahu menjadikannya sebagai sebuah naskhah yang mampu menjadi rujukan buat rakyat di negara ini terhadap legasi satu masyarakat di Sarawak.