• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik

Oleh
Ismail NA
14 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Harap netizen kekal tenang dan baca hingga habis.

Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik. Semalam, tular sebuah pengumuman rasmi yang dibuat oleh syarikat Pos Malaysia berkenaan penamatan servis penghantaran bungkusan domestik udara dan darat. Servis tersebut bakal diganti dengan servis penghantaran secara laut sahaja mulai 16 Ogos 2021.

Isi Isi Penting
  • Harap netizen kekal tenang dan baca hingga habis.
  • Pengumuman ini timbulkan kegusaran rakyat terutamanya penduduk Sabah dan Sarawak
  • Beza Pos Laju dan Pos Domestik
  • Baca lagi info menarik berkaitan perkhidmatan Pos Laju di sini :

Antara laluan udara yang bakal ditamatkan ini adalah seperti laluan bungkusan domestik dari/ke Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Begitu juga dengan laluan dari/ke Sarawak dan Sabah. Hanya kaedah penghantaran laut dan darat sahaja tersedia bermula 16 Ogos 2021.

Melalui kaedah penghantaran laut dan darat ini, para pelanggan boleh menghantar item barangan mereka sehingga 30 kg dan berupaya mengesan lokasi terkini barangan mereka melalui ciri fungsi Jejak & Kesan di laman sesawang Pos Malaysia. Bukan itu sahaja, pelanggan juga diberi pilihan untuk membeli perlindungan insurans untuk barangan mereka. Kesemua servis ini boleh dinikmati pada kadar RM 8.00 untuk 0.5 kg pertama item.

Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik
Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik

Pengumuman ini timbulkan kegusaran rakyat terutamanya penduduk Sabah dan Sarawak

Pengumuman rasmi Pos Malaysia ini telah menimbulkan kegusaran dan panik dalam kalangan orang ramai terutamanya di Sabah dan Sarawak yang salah faham dan menyangka bahawa penamatan ini adalah penamatan khidmat bungkusan udara domestik Pos Laju.

Jika difikirkan semula, adalah tidak logik untuk Pos Malaysia menamatkan perkhidmatan penghantaran bungkusan domestik Pos Laju kerana ia adalah nadi penghantaran dan hubungan antara pelanggan serta individu di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Ia seolah-olah suatu tindakan ‘mundur’ oleh Pos Malaysia jika benar penamatan servis udara ini dan rakyat di Malaysia terpaksa berbalik semula kembali menggunakan khidmat laut seperti di zaman 60-an berbanding khidmat udara yang lebih pantas.

Namun, jika anda amati betul-betul pengumuman tersebut, pasti anda akan menarik nafas lega. Nasib baik, rupanya ia bukan untuk Pos Laju tetapi sebaliknya untuk Pos Domestik sahaja.

Beza Pos Laju dan Pos Domestik

Untuk makluman anda, Pos Laju dan Pos Domestik adalah dua entiti servis yang berbeza di bawah syarikat Pos Malaysia. Kebiasaannya, khidmat Pos Domestik digunakan oleh para pemborong yang ingin mengirimkan barangan dalam kuantiti yang banyak. Servis Pos Laju tidak sesuai untuk kiriman seperti ini kerana setiap timbangan dicas dengan kadar yang agak tinggi berbanding Pos Domestik.

Dari segi penghantaran, Pos Laju mengambil masa selama 1-2 hari bekerja untuk sampai ke alamat pelanggan manakala Pos Domestik mengambil masa yang sedikit lama iaitu 5-7 hari bekerja (penghantaran melalui udara) manakala 2 minggu hingga sebulan (penghantaran melalui laut).

Dari segi cas, Pos Laju mengenakan cas penghantaran yang agak tinggi kerana setiap 2kg yang pertama bungkusan Pos Laju akan dikenakan cas sebanyak RM 7.00. Untuk setiap 1kg yang seterusnya sehingga 30 kg, anda akan dikenakan lagi cas sebanyak RM 1.50. Ini belum termasuk cas pengangkutan udara yang berjumlah RM 1.50 untuk setiap 500 gram.

Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik
Sumber : Pos Malaysia

Berbeza dengan Pos Domestik (*sebelum kadar baharu 16 Ogos 2021), anda hanya perlu membayar sekitar RM 6 sahaja untuk setiap kilogram termasuk cas SST dan lain-lain. Memang jauh lebih murah daripada Pos Laju.

Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik
Nota konsainan bungkusan Pos Domestik. Kredit : Facebook

Dari segi pusat pengumpulan, kedua-dua Pos Laju dan Pos Domestik dikumpul di pusat pengumpulan yang berbeza. Jika di Sarawak, barangan menggunakan Pos Laju akan tiba di Pusat Pos Laju di Jalan Song, Kuching. Untuk Pos Domestik pula, barangan anda akan tiba di Pusat Mel Kuching iaitu di Jalan Tun Razak, Pending.

Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik
Pusat Pos Laju di Jalan Song, Kuching untuk urusan Pos Laju.
Bukan Pos Laju! Penamatan Penghantaran Udara Ke Sabah Sarawak Rupanya Hanya Untuk Pos Domestik
Pusat Mel Kuching di Jalan Tun Razak, Pending untuk urusan Pos Domestik

Semestinya, perubahan terbaharu dari Pos Domestik ini akan memberi kesan yang hebat buat para peniaga yang sentiasa menggunakan khidmat Pos Domestik untuk mengirim barangan pukal dan borong terutamanya dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

Baca lagi info menarik berkaitan perkhidmatan Pos Laju di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Inovasi Kompia Sehingga Ke Aplikasi Kerja Sekolah, 3 Start-Ups Kuching Ini Berjaya Pukau Juri TPAB 2021
Next Article Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini Kisah Misteri Bersejarah Mayat Bangsawan Melanau, Filem Sumpahan Jerunei Bakal Ditayangkan Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?