• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
4 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Beliau berkata demikian semasa majlis pecah tanah pembesaran Kuil Sikh di Jalan Masjid pada Sabtu.

Umum mengetahui bahawa Deepavali adalah perayaan besar untuk masyarakat India. Namun demikian, cuti Deepavali hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja.

Isi Isi Penting
  • Beliau berkata demikian semasa majlis pecah tanah pembesaran Kuil Sikh di Jalan Masjid pada Sabtu.
  • Cuti umum baharu perlu pandangan para kesatuan dan majikan
  • Penghormatan buat masyarakat Sikh di Sarawak
  • Ini pula adalah sumbangan masyarakat yang datang dari India dahulu kepada peradaban di Sarawak:

Walau bagaimanapun, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa langkah ini akan cuba dipenuhinya tidak lama lagi.

Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak
Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak . Kredit foto: Chimon Upon via Utusan Borneo

Ketika ucaptamanya di majlis pecah tanah pembesaran Kuil Sikh di Jalan Masjid pada Sabtu lalu, beliau akan meminta Peguam Besar Negeri untuk meneliti perkara ini meskipun mengetahui bahawa cuti umum yang diwartakan di Sarawak tiada kekosongan lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat berjanji namun akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan cuti perayaan besar masyarakat India ini ke dalam kalendar cuti di Sarawak.

Cuti umum baharu perlu pandangan para kesatuan dan majikan

Hal ini kerana ia perlu mengambil kira faktor pandangan kesatuan dan majikan kerana pengisytiharan cuti menyebabkan majikan perlu membayar upah pekerja dua kali ganda.

Premier Abang Jo juga turut menekankan tentang semangat untuk memelihara toleransi antara kaum di Sarawak. Pembesaran kuil ini adalah salah satu daripada usaha terbabit memandangkan kawasan sekitar Jalan Masjid memiliki pelbagai rumah ibadat seperti gereja, masjid dan tokong Cina.

Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak

Penghormatan buat masyarakat Sikh di Sarawak

Selain itu, Premier juga akan meneliti permohonan untuk menaik taraf bangunan berek Punjabi di Batu Lintang yang penuh dengan sejarah dan sumbangan komuniti itu ketika zaman penjajahan.

Dalam masa yang sama, beliau juga akan mempertimbangkan cadangan komuniti Sikh agar budaya mereka dipamerkan di salah satu ruang pameran di Borneo Cultural Museum.

Tambahnya lagi, meskipun semua rumah ibadat dalam satu kawasan tetapi semua orang dapat hidup sebagai sebuah komuniti. Ia adalah sebuah kecantikan yang dimiliki di Sarawak dan perlu dipelihara oleh semua.

Ini pula adalah sumbangan masyarakat yang datang dari India dahulu kepada peradaban di Sarawak:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu
Next Article Pelajar SM Sains Kuching Berjaya Raih Pingat Di Olympiad Biology 2022 Bali Pelajar SM Sains Kuching Berjaya Raih Pingat Di Olympiad Biology 2022 Bali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?