• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kisah Tragis Manusia Dijadikan ‘Tumbal’ Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun

Oleh
Nazihah AN
4 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun

Waktu zaman belajar dulu-dulu, korang pernah dengar tak ritual-ritual pelik yang melibatkan pengorbanan manusia ni?

Kisah Tragis Manusia Dijadikan ‘Tumbal’ Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun. Ritual ini boleh dikatakan sama dengan ritual yang dilakukan di Jepun pada zaman dahulu kala. Sehingga abad ke-16 di Jepun, pembinaan utama seperti istana dan jambatan bermula dengan pengorbanan manusia, dengan mangsa dikebumikan hidup-hidup di dalam asas dan di dalam tiang.

Ritual ini dikenali sebagai Hitobashira. Untuk pengetahuan anda, Hitobashira ini adalah satu ritual yang mengorbankan manusia untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa mereka. Ianya bertujuan untuk mengukuhkan tempat atau pembinaan yang mereka buat pada zaman dahulu.

Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Sumber: uncannyjapan.com

Mereka percaya bahawa pembinaan berskala besar mengganggu fengshui tanah, menyebabkan kemalangan semasa dan selepas pembinaan. Oleh itu, pengorbanan sedemikian adalah perlu untuk menenangkan dewa-dewa supaya bangunan itu tidak musnah akibat bencana alam seperti banjir atau serangan musuh.

Bagaimana boleh tercetusnya satu ritual Hitobashira ini?

Rekod bertulis terawal Hitobashira boleh didapati dalam Nihon Shoki (The Chronicles of Japan) yang menceritakan kisah yang kononnya berlaku pada awal 300-an Masihi. Terdapat dua sungai bernama Kitakawa dan Mamuta sering banjir hingga menyebabkan tanaman rosak, kehilangan sumber makanan dan kehilangan nyawa.

Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Kisah Tragis Manusia Dijadikan ‘Tumbal’ Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun. Gambar sekadar hiasan

Maharaja pada masa itu, Maharaja Nintoku, mempunyai visi ketuhanan dalam salah satu mimpinya yang sangat spesifik. Dia diberitahu bahawa ada seorang bernama Kowakubi yang tinggal di wilayah Musashi, dan seorang lagi bernama Koromono-ko yang tinggal di wilayah Kawachi. Maharaja Nintoku diberitahu jika kedua-dua orang ini dapat ditemui dan dikorbankan, seorang kepada setiap dewa sungai, maka banjir dan kemusnahan akan berhenti.

Kedua-dua individu tersebut telah ditemui dan ditangkap oleh orang bawahan Maharaja. Mereka dijadikan tumbal iaitu pengorbanan untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. Kowakubi yang malang itu dilemparkan ke dalam sungai Kitakawa, dengan doa yang dipanjatkan kepada dewa sungai itu.

Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Kredit: Twitter @curiousordinary

Salah seorang daripada korban tumbal tersebut terselamat.

Akan tetapi Koromono-ko ini sangat bijak. Pada hari pengorbanannya, Koromono-ko membawa dua labu bersamanya dan menghadap dewa sungai secara langsung. Dan mencabar dewa tersebut untuk tenggelamkan labu-labu tersebut, dan jika ianya tenggelam, dia bersedia untuk menyerah diri.

Saya datang ke sini, untuk mengorbankan nyawa saya kepada-Mu, kerana Engkau mendatangkan malapetaka kepada penduduk daerah ini. Jika engkau benar-benar mahukan nyawaku, tenggelamkan labu-labu ini supaya ia tidak terapung lagi; maka aku akan mengenali Engkau sebagai dewa sejati sungai ini dan aku persembahkan tubuhku kepadamu. Tetapi jika kamu tidak dapat menenggelamkannya, kamu bukanlah dewa yang sebenar, dan sia-sialah aku membuang nyawaku.”

Sudah tentu labu itu tidak tenggelam dan Koromono-ko pun berjalan bebas.

Satu lagi kisah Hitobashira telah menyelamatkan sebuah kampung daripada kemurkaan sungai termaktub dalam ingatan penduduk Aihara di wilayah Buzen. Paroki kuil Usa-hachiman, pada abad ke-12, ditadbir oleh Yuya-danjo Motonobu dan enam pesuruhjaya paroki yang lain.

Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Kisah Tragis Manusia Dijadikan ‘Tumbal’ Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun

Tetapi rakyat menderita setiap tahun akibat banjir sungai Yamakuni. Tujuh pesuruhjaya bersembahyang ke kuil Hachiman siang dan malam selama seminggu penuh. Apabila cara itu tidak berjaya, mereka memutuskan untuk buat persembahan korban manusia. Tetapi mereka tidak dapat mencari seorang lelaki yang sanggup menyerahkan nyawanya.

Kemudian Yuya-danjo mencadangkan kepada enam rakannya untuk menanggalkan seluar mereka dan membuangnya ke dalam sungai. Seluar siapa yang tenggelam dahulu, maka pemiliknya akan mempersembahkan nyawanya kepada dewa.

Istana Maruoka, Sakai juga dibina menggunakan pengorbanan manusia.

Orang yang seluarnya tenggelam harus mempersembahkan nyawanya kepada dewa. Yang lain bersetuju dan masing-masing mencampakkan seluar ke dalam air. Malangnya! seluar Yuya-danjo tenggelam dan nyawanya terkorban. Berikutan pengorbanan itu, tebing sungai berhenti melimpah dan tiada banjir yang dialami sehingga zaman moden.

Tradisi Hitobashira hampir selalu diamalkan bersama-sama dengan pembinaan projek yang kompleks, berbahaya, selalunya berkaitan dengan air, seperti jambatan. Antara pembinaan yang masih kukuh sampai sekarang ialah Istana Maruoka yang juga dibina menggunakan pengorbanan manusia.

Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Istana Maruoka dibina dengan pengorbanan manusia. Kredit: Twitter @curiousordinary

Ada juga yang berkata bahawa di Malaysia juga terdapat ritual yang persis macam Hitobashira. Ada yang mengatakan Jambatan Tamparuli, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi tempat. Namun, sejauh mana kesahihan tentang pembinaan tersebut dengan ritual ini, wallahualam lah..

Jadi konklusinya di sini, mungkin sebenarnya ada banyak lagi ritual-ritual pengorbanan manusia yang lebih menyeramkan yang kita tak tahu. Dan berkemungkinan juga ianya masih lagi dilakukan sampai sekarang.

Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Kisah Tragis Manusia Dijadikan ‘Tumbal’ Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda
Next Article Sering Dipaksa Mencari Kerja, Seorang Lelaki Bunuh Keluarganya Sendiri Dengan Racun Sering Dipaksa Mencari Kerja, Seorang Lelaki Bunuh Keluarganya Sendiri Dengan Racun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?