I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda

Oleh Kedung BK 4 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda

Ketahui jenis deodoran yang sesuai untuk anda

Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda. Deodoran dianggap sebagai produk kebersihan yang penting kerana ia digunakan untuk memastikan bau badan kita terkawal, terutamanya jika kita banyak melakukan kerja secara fizikal – ia juga cara lain untuk kekal ‘segar’ sepanjang hari!

Dengan begitu banyak jenis deodoran di pasaran hari ini, memang pasti ada banyak pilihan untuk dipilih. Tetapi yang mana satu yang paling sesuai untuk anda?

Pelbagai Jenis Deodoran, Ketahui Yang Mana Sesuai Untuk Anda

Mengapa deodoran penting untuk kebersihan kita

Deodoran merupakan sebuah produk penjagaan kulit yang direka untuk mencegah bau badan apabila bakteria memecahkan peluh pada permukaan kulit.

Bakteria ini boleh berlaku secara semula jadi di seluruh badan, terutamanya di bawah lengan (bahagian ketiak). Apabila jenis bakteria tertentu terdapat pada kulit, ia akan bertindak balas terhadap protein dalam peluh anda dan mencipta bau yang ‘kurang enak’ yang sering dikaitkan dengan bau badan.

Kredit: Pinkvilla

Deodoran mengandungi bahan-bahan yang mampu menghapuskan bakteria berbau ini, menyegarkan kawasan ketiak dan menghilangkan bau badan selama beberapa jam atau bahkan sehingga sepenuh hari!

Terdapat juga jenis deodoran yang memperkenalkan bakteria baik yang dipanggil ‘probiotik’ yang mampu memakan bakteria penyebab bau.

Gambar sekadar hiasan.

Kadang-kadang, orang tersalah anggap deodoran dan antiperspirant adalah produk yang sama. Tetapi sebenarnya, ia berfungsi secara berbeza!

Salah satu perbezaan utama antara antiperspirant dan deodoran ialah deodoran menghilangkan bakteria yang membawa kepada bau manakala antiperspirant mengandungi bahan-bahan seperti garam aluminium yang menutup sementara pori-pori untuk mengelakkan peluh daripada keluar.

Spray antiperspirant. Kredit: 106.3 The Buzz

Jenis deodoran yang tersedia

1. Roll-On Deodorant

Sering tersedia dalam botol kecil, deodoran jenis roll-on dapat disapu dengan mudah kerana ia dalam bentuk cecari licin.

Deodoran jenis ini cepat kering dan dapat menghilangkan sisa berkapur atau berminyak yang boleh meninggalkan kesan yang ketara atau merosakkan baju anda.

Walaupun penggunaan roll-on adalah lebih slow daripada jenis spray, jenis produk ini bertahan lebih lama daripada formula aerosol dan memandangkan formula produk ini mempunyai lebih banyak asas air, ia tidak meninggalkan kesan putih.

Produk ini sesuai untuk mereka yang aktif berjalan pada siang hari dan tidak mahu membawa produk kebersihan bersama mereka.

Contoh deodoran jenis roll on.

2. Spray Deodorant

Sekiranya anda bimbang tentang kotoran deodorant, spray adalah pilihan yang sesuai kerana ia tidak akan meninggalkan kesan selepas digunakan. Anda hanya perlu memastikan ia kering sepenuhnya sebelum menggunakan baju!

Selalunya, anda perlu menggoncangkan tin spray perlahan-lahan sebelum digunakan dan kemudian semburkan pada kawasan ketiak. Formula spray ini adalah sesuai untuk penyegaran segera selepas aktiviti bersukan.

Contoh deodoran jenis spray.

3. Gel Deodorant

Deodoran jenis ini menampilkan gel yang tebal dan jernih, dengan daya tahan yang baik.

Sama seperti roll-on, produk ini mempunyai aplikator yang mengeluarkan produk. Kebanyakan deodoran gel ini mempunyai dail yang boleh dipusing untuk mengeluarkan sejumlah kecil deodoran.

Contoh deodoran jenis gel.

4. Antiperspirant Deodorant

Untuk pengetahuan anda, produk deodoran sahaja secara khusus menghilangkan bau badan dengan membuang bakteria penyebab bau dari kulit anda. Manakala, deodoran jenis antiperspirant menghalang anda daripada berpeluh.

Sekiranya anda sedang mencari produk yang mengawal kedua-dua kebasahan dan bau, anda boleh mencari deodoran jenis kombo iaitu antiperspirant deodoran.

Formula produk ini berfungsi paling baik apabila ia digunakan untuk membersihkan dan mengeringkan kulit sebelum tidur. Bagi menambahkan kesegaran, anda boleh menggunakannya semula pada waktu pagi.

Contoh antiperspirant deodorant.

Yang mana sesuai untuk anda?

Deodoran yang sesuai untuk anda bergantung pada gaya hidup dan pilihan peribadi anda.

Sekiranya anda seorang yang berpeluh banyak atau mengamalkan gaya hidup aktif dan berfizikal, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan deodoran jenis antiperspirant bagi mengekalkan kekeringan dan menghalang bau.

Gambar sekadar hiasan.

Jika anda seorang yang kurang berpeluh pada siang hari, deodoran tanpa antiperspirant mungkin lebih sesuai untuk anda.

Deodoran mana anda rasa sesuai untuk anda dan apakah deodoran terbaik untuk anda setakat ini? Komen jawapan anda di bawah!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyamar Sebagai Wanita Tawar Perkhidmatan Seks, Seorang Lelaki Singapura Dipenjara Menyamar Sebagai Wanita Tawar Perkhidmatan Seks, Seorang Lelaki Singapura Dipenjara
Next Article Kisah Tragis Manusia Dijadikan 'Tumbal' Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun Kisah Tragis Manusia Dijadikan ‘Tumbal’ Untuk Bina Jambatan, Ketahui Ritual Hitobashira Di Jepun

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?