• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KKD Cadang Starlink Buka Pusat ‘Customer Service’ Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
17 September 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
KKD Cadang Starlink Buka Pusat 'Customer Service' Di Sarawak

KKD syorkan Kuching jadi pusat perkhidmatan pelanggan

KKD Cadang Starlink Buka Pusat ‘Customer Service’ Di Sarawak. Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berhubung dengan syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Starlink untuk membincangkan kemungkinan penubuhan pejabat perkhidmatan pelanggan di sini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, ini kerana terdapat permintaan tinggi untuk pemasangan Starlink di Sarawak memandangkan ramai penduduk luar bandar bergantung kepada perkhidmatan tersebut untuk mengakses Internet.

KKD Cadang Starlink Buka Pusat 'Customer Service' Di Sarawak
KKD Cadang Starlink Buka Pusat ‘Customer Service’ Di Sarawak. Kredit: Utusan Borneo

“Kita akan minta mereka (syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Starlink) mempertimbangkan untuk membuka pejabat perkhidmatan pelanggan di Kuching, Sarawak.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada untuk membuka pejabat di sini terpulang kepada mereka. Kita akan sampaikan permintaan ini kepada pihak Starlink,” ujarnya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Hari Bersama Komuniti (HBK) Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Krokong di sini, hari ini.

Fahmi berkata, beliau sebelum ini difahamkan bahawa Kampung Puak di Daerah Bau menghadapi masalah Internet berlarutan biarpun kawasan itu ada menara telekomunikasi.

“Namun atas faktor-faktor teknikal menara-menara itu belum lagi beroperasi dan saya difahamkan ia akan mengambil masa sembilan bulan untuk telco masuk dan mulakan operasi.

KKD Cadang Starlink Buka Pusat 'Customer Service' Di Sarawak

“Untuk sementara waktu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menggunakan peranti Starlink bagi memberi kemudahan Internet kepada penduduk Kampung Puak dengan kelajuan 200Mbps,” jelasnya.

Menurutnya, biarpun lebih 55 peranti sedang mengakses Internet daripada peranti Starlink, tetapi kelajuannya kekal pada 200Mbps.

“Saya dimaklumkan bahawa kemudahan Starlink ini datang dengan akses sehingga 100 meter radius.

“Jadi disebabkan itu, ada penduduk yang memohon agar radius itu diperluaskan supaya lebih ramai pengguna dapat menerima manfaat daripada kemudahan ini,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi memberi jaminan kementeriannya dan SKMM akan meneliti permintaan tersebut bagi meningkatkan sambungan Internet kepada masyarakat luar bandar.

Di kawasan Krokong, Fahmi berkata kelajuan Internet yang ditawarkan oleh PEDi ketika ini ialah 20Mbps dan beliau telah mengemukakan permintaan untuk menaik taraf kelajuan kepada 100Mbps dalam masa terdekat.

“Saya berharap dengan sambungan Internet yang lebih pantas di PEDi, lebih ramai penduduk di Bau akan mendapat manfaat.

“Penduduk luar bandar boleh memanfaatkan PEDi bagi tujuan untuk perusahaan e-dagang atau pendigitalan,” tambahnya.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya berkata, sebanyak 133 PEDi beroperasi sepenuhnya di Sarawak, manakala 23 lagi PEDi baharu sedang diusahakan.

“Lapan daripadanya berada di Kuching, tiga di Sibu, dua di Simunjan, dan masing-masing satu di Belaga, Betong, Bintulu, Daro, Gedong, Lawas, Saratok, Sebauh, Sebuyau dan Telang Usan.

KKD Cadang Starlink Buka Pusat 'Customer Service' Di Sarawak

“Di Bau sahaja, terdapat tujuh PEDi yang telah beroperasi iaitu di PEDi Krokong, PEDi Kampung Bogag, PEDi Kampung Serasot, PEDi Kampung Skio, PEDi Kampung Sibuluh, PEDi Tanjung Bowang dan PEDi Kampung Peninjau Baru,” ujarnya.

Menerusi PEDi Sibuluh, Fahmi memaklumkan seorang usahawan kecil Monica Busut dari Daerah Bau telah melakar kejayaan melalui penjualan produk berasaskan kraf tangan.

Beliau percaya kejayaan Monica boleh memberi inspirasi kepada orang lain mengikuti beliau dalam memanfaatkan perkhidmatan PEDi untuk bangkit sebagai usahawan berjaya.

Kredit: Astro Awani

“Monica telah berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM200 kepada RM2,000 sebulan.

“Kejayaannya adalah bukti terbaik pendekatan kerajaan dalam menjadikan PEDi sebagai pusat pemangkin ekonomi digital untuk meningkatkan pendapatan penduduk tempatan,” kata Fahmi.

Beliau berharap PEDi akan terus dapat melahirkan lebih ramai usahawan untuk berkembang, berdaya saing, mampan dan maju.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Sebab Guna Starlink Lebih Sesuai Di Sabah Sarawak Berbanding 5G Optic Fibre
Beli Starlink Demi Anak Murid, Netizen Terharu Lihat Inisiatif Guru Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera
Next Article Pantas Dan Mudah, Individu Ini Kongsi 4 Kad Untuk Pembayaran ‘Cashless’ Ketika Melancong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?