• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera

Oleh
Aina Musa
17 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera

Agong Serahkan semua petisyen kepada Perdana Menteri

Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua aduan yang telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika program Kembara Kenali Borneo akan diselesaikan secara tuntas.

Kesemua aduan yang telah disalurkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika program Kembara Kenali Borneo akan diselesaikan secara tuntas.

Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera
Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera. Kredit: Astro Awani

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua surat berhubung isu yang berbangkit akan diteliti sebaik mungkin.

Anwar ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak sambil berseloroh turut menyatakan, beliau kini perlu memikul tanggungjawab terhadap kesemua aduan yang telah dikemukakan sebaik sahaja ia (aduan) diserahkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Saya selaku Perdana Menteri terbeban dari lawatan itu (Kembara Kenali Borneo) kerana Baginda berikan semua surat-surat yang dihantar terus kepada baginda Tuanku.

Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera

“Begitulah kasih rakyat dan saya terpaksa pikul beban yang tebal (sambil berseloroh) dan saya nak berikan jaminan… Insya-Allah saya akan arahkan seluruh jentera teliti setiap surat dan akan kita cuba selesaikan sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsikan penghargaan Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa sebak apabila melihat kepada sambutan rakyat di Sabah dan Sarawak ketika sesi kembara berkenaan.

“Baginda masih sangat terkesan, bicara dengan penuh perasaan, bergelinang air mata kerana terpegun dengan kasih sayang yang ditunjukkan rakyat kepada baginda berdua,” katanya lagi.

Demi Rakyat Sabah Sarawak, PM Beri Jaminan Bakal Selesaikan Petisyen Dengan Segera

Baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang dipersembahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak sewaktu program berkenaan yang berlangsung selama 11 hari.

Kembara itu yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak.

Jelajah selama 11 hari itu melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Baca lagi artikel menarik:

Pertama Kali Dalam Sejarah, Semua Barisan Menteri Termasuk PMX Berkumpul Di Sarawak
Diambil Sempena Bahasa Iban, Ini Sebab PMX Pilih ‘Segulai Sejalai’ Untuk Tema Hari Malaysia 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye TYT Sarawak Selamat Kembali Ke Kuching, Setelah Menerima Rawatan Di Turkiye
Next Article KKD Cadang Starlink Buka Pusat 'Customer Service' Di Sarawak KKD Cadang Starlink Buka Pusat ‘Customer Service’ Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?