• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KKM Rekod 14 Kes Berkaitan Strok Haba, Dijangka Meningkat Sehingga Ogos

Oleh
Aina Musa
14 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
KKM Rekod 14 Kes Berkaitan Strok Haba, Dijangka Meningkat Sehingga Ogos

Cuaca terlampau panas di beberapa negeri

KKM Rekod 14 Kes Berkaitan Strok Haba, Dijangka Meningkat Sehingga Ogos. Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat cuaca panas.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani berkata pihaknya menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas yang berlaku hingga Ogos ini.

KKM Rekod 14 Kes Berkaitan Strok Haba, Dijangka Meningkat Sehingga Ogos
KKM Rekod 14 Kes Berkaitan Strok Haba, Dijangka Meningkat Sehingga Ogos. Kredit: Astro Awani

“Sehingga semalam, 14 kes dilaporkan namun masih terkawal dan mampu ditampung di fasiliti kesihatan seluruh negara.

Satu kematian telah pun direkodkan

“Terdapat enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) sehingga semalam dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes,” katanya.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata daripada jumlah kes itu, 13 mangsa sudah pulih kecuali satu kes kematian di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

KKM Rekod 14 Kes Berkaitan Strok Haba, Dijangka Meningkat Sehingga Ogos

Menurutnya di peringkat KKM, kepimpinan tertinggi telah melakukan usaha dan mendengar taklimat daripada kementerian berkaitan serta bersiap siaga bagi menghadapi strok haba yang berpanjangan.

“KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan maklumat dalam televisyen atau media sosial, juga wakil rakyat diminta mengambil peranan supaya menyebar luas tentang senario cuaca panas di negara ini.

“Ketika ini situasi terkawal, fasiliti KKM dan hospital bersedia menerima semua kes seperti strok haba serta kekejangan haba,” katanya.

Sementara itu, Lukanisman berkata KKM turut mengenal pasti lokasi yang mengalami suhu tinggi menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk tindakan segera termasuk menyediakan fasiliti-fasiliti kesihatan.

“Ibu bapa diminta tidak terlalu bimbang untuk hantar anak ke sekolah, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pengambilan air secukupnya selain tidak melakukan riadah sukan berlebihan.

“Pesawah, peladang dan pekebun juga perlu berhati-hati pada musim panas, perlu berehat dan minum air secukupnya bagi mengelak sebarang insiden,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda
Hidang Lebih 66 Jenis Kek Lapis, Rumah Terbuka Di Kampung Melayu Engkilili Ini Tarik Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rebutan 'Collector' Antik Yang Sanggup Bayar Beribu, Set CorningWare Ini Mungkin Ada Di Rumah Anda Rebutan ‘Collector’ Antik Yang Sanggup Bayar Beribu, Set CorningWare Ini Mungkin Ada Di Rumah Anda
Next Article Tular 'Doktor' Kongsi Kisah Sedih Kehilangan Isteri Dan Anak, Disyaki Scammer Kerana Guna Gambar Palsu Tular ‘Doktor’ Kongsi Kisah Sedih Kehilangan Isteri Dan Anak, Disyaki Scammer Kerana Guna Gambar Palsu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?