• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah Mohon Tindakan

Oleh
Nazihah AN
14 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah Mohon Tindakan

Klinik Kesihatan di Samarahan sesak hingga tidak cukup tempat duduk

Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah Mohon Tindakan. Masalah kekurangan fasiliti kesihatan dan pakar perubatan bukanlah perkara baharu yang dibangkitkan di Sarawak. Saban tahun, isu tersebut menjadi topik hangat yang diperbincangkan dalam kalangan rakyat.

Memandangkan pertambahan penduduk serta ruang klinik kesihatan yang semakin sempit dan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang bertambah.

Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah  Mohon Tindakan

Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah Mohon Tindakan

Baru-baru ini, seorang individu ini telah menyuarakan kebimbangannya di Facebook mengenai situasi yang dihadapi di Klinik Kesihatan di Kota Samarahan. Beliau menegaskan bahawa klinik tersebut terlalu sesak dengan bilangan pesakit yang semakin bertambah, menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal.

Menurut beliau, keadaan di klinik itu begitu padat sehinggakan jururawat juga tidak mencukupi untuk melayani pesakit yang ramai. Kekurangan tempat duduk dan ruang yang sempit menambah lagi kekusutan dalam pengurusan klinik.

Dalam hantaran beliau, Mohammad Saiful memohon agar wakil rakyat yang berkemampuan dan berani, mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini. Beliau menekankan bahawa keadaan di klinik kesihatan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Menurut beliau juga isu jalan yang penuh sesak, sekolah yang padat, dan kini klinik yang tidak mampu menampung jumlah pesakit, semuanya memerlukan perhatian serius.

Beliau turut menyentuh tentang ketidakupayaan beliau untuk mendapatkan bantuan dari ahli politik lain, yang mana menurutnya, mereka sibuk dengan urusan lain dan kurang memberi tumpuan kepada masalah rakyat. Beliau menyarankan agar seseorang yang mempunyai pengalaman, hubungan baik dengan pihak atasan, dan kefahaman terhadap birokrasi negara mengambil alih untuk memperbaiki situasi ini.

Keluhan beliau jelas menunjukkan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati terhadap sistem pentadbiran yang ada. Beliau berharap agar suara rakyat didengar dan tindakan segera diambil untuk memperbaiki keadaan di Klinik Samarahan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Sarawak.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Dengan Kayu Di Miri Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Dengan Kayu Di Miri
Next Article Terkenal Dengan Hidangan Roti Bakar, Kopitiam Legend Di Sarikei Ini Diarah Tutup Oleh KKM Terkenal Dengan Hidangan Roti Bakar, Kopitiam Legend Di Sarikei Ini Diarah Tutup Oleh KKM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?