• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Dengan Kayu Di Miri

Oleh
Aina Musa
14 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Dengan Kayu Di Miri

Tertuduh dikatakan dengan sengaja mendatangkan kecederaan

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Dengan Kayu Di Miri. Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya menggunakan sebatang kayu.

Wan Sazali Wan Mahmud, 54, dari Kampung Masjid, Niah, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 38 tahun menggunakan sebatang kayu. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 5 petang, 10 Mei lalu di sebuah lot di Kampung Padang, Sepupok, Niah.

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri Dengan Kayu Di Miri. Sumber: Utusan Borneo

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama. Seksyen 324 memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau gabungan mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan. Seksyen 326A pula membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 324.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, Hakim Azreena Aziz menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh pengurusan kes, manakala perbicaraan lanjut dijadualkan pada 3 dan 4 Mac 2025.

Tertuduh diperintahkan dibebaskan dengan jaminan tunai RM10,000 bersama dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut. Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh dengan melarangnya daripada berjumpa mangsa serta saksi, selain perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa ASP Koay Kok Ping, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang
Next Article Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah Mohon Tindakan Klinik Kesihatan Di Samarahan Sesak Dan Semakin Sempit, Netizen Luah Mohon Tindakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?