• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis

Oleh
Aina Musa
29 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis

Sentuhan baru Bekikis Bulu Betis oleh KMJX

Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis. Kemunculan terbaharu KMJX dalam industri muzik Sarawak telah membawa sentuhan segar kepada arena muzik tempatan.

Kumpulan yang dibaca sebagai ‘Kumanjak’ ini dianggotai oleh Lanny Ho dan Mag Johari, dua gadis Sarawak yang memiliki personaliti dan latar belakang yang berbeza.

Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis

Menerusi siaran media XIBO Entertainment, nama kumpulan ini diilhamkan daripada gabungan perkataan “Kumang” yang merujuk kepada wanita dalam bahasa Iban asli Sarawak dan “Manja” dari perkataan Melayu, manakala huruf ‘X’ menandakan kumpulan KMJX ini dibawah naungan syarikat XIBO/XENO.

KMJX membuat kemunculan pertama di arena muzik Sarawak dengan membawakan saduran lagu Bekikis Bulu Betis, lagu ikonik Iban yang asalnya didendangkan oleh Andrewson Ngalai. Versi KMJX ini turut memasukkan elemen rap dan rentak yang lebih rancak, rentak yang lebih dekat dengan generasi muda.

Dengan menyatukan irama moden dan pengaruh tradisional, muzik mereka dilihat memberi rencah yang berbeza, dalam industri muzik Sarawak. Dengan sentuhan kreativiti ini, KMJX berharap agar dapat menyentuh hati penonton dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Genre yang dibawa oleh KMJX ini juga bercita-cita untuk memukau seluruh negara dengan muzik yang rancak dan bertenaga.

Syarikat naungan mereka, XIBO juga percaya bahawa mereka mempunyai potensi untuk memberi impak besar bukan sahaja dalam industri muzik tetapi juga dalam mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap budaya.

Single debut mereka, “BEKIKIS BULU BETIS (BBB)” yang asalnya ditulis dan dihasilkan oleh legenda tempatan, Andrewson Ngalai telah diterbitkan pada 26 April 2024, disertai dengan video muzik ala-ala K-Pop yang menampilkan tenaga dinamik kumpulan dan visi artistik mereka.

XIBO juga telah diberikan kebenaran daripada pemilik asal lagu siulan rakyat Sarawak itu untuk diberikan nafas baru.

Video muzik Bekikis Bulu Betis versi KMJX itu juga telah tular dan telah meraih sebanyak 87K tontonan di Youtube, dan mendapat reaksi bercampur baur daripada penonton, terutamanya dalam kalangan peminat versi asal Bekikis Bulu Betis.

Bergerak ke hadapan, KMJX akan terus memberi tumpuan kepada seni muzik Iban Dayak serta menerokai lagu-lagu dalam dialek Sarawak lain seiring dengan perjalanan karier mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Batang Rajang
Next Article Kes Ragut Di Desa Wira, Dua Suspek Mengaku Bersalah Dipenjara 10 Tahun Dan 10 Sebatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?