• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Ragut Di Desa Wira, Dua Suspek Mengaku Bersalah Dipenjara 10 Tahun Dan 10 Sebatan

Oleh
Farisha
29 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Hukuman 10 tahun penjara dan sebatan untuk dua penyamun di Desa Wira

Kes Ragut Di Desa Wira, Dua Suspek Mengaku Bersalah Dipenjara 10 Tahun Dan 10 Sebatan. Dua suspek dalam kes samun ragut bermotosikal di Jalan Desa Wira, Batu Kawa telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan hari ini.

Kedua-dua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen Kuching.

Kes Ragut Di Desa Wira, Dua Suspek Mengaku Bersalah Dipenjara 10 Tahun Dan 10 Sebatan
Kes Ragut Di Desa Wira, Dua Suspek Mengaku Bersalah Dipenjara 10 Tahun Dan 10 Sebatan

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong menyatakan bahawa kedua-dua suspek telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan 10 sebatan.

“Pada 22 April 2024, lebih kurang jam 7.54 pagi, satu kejadian samun ragut telah berlaku di mana mangsa, seorang wanita berusia 50-an, telah diragut oleh dua suspek yang menunggang motosikal di Jalan Desa Wira, Batu Kawa, Kuching.

Suspek kedua kes ragut di Taman Desa Wira akhirnya tumpas pada hari yang sama

“Dengan tindakan pantas serta bantuan orang awam, salah seorang suspek berjaya ditangkap pada waktu kejadian. Namun, suspek yang satu lagi berjaya melarikan diri,” jelas beliau menurut sumber.

“Hasil dari kecekapan dan risikan maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan berjaya menangkap suspek yang melarikan diri pada sebelah petang hari yang sama,” tambahnya lagi.

Sementara itu, DSP Lim merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada dua orang awam yang bertindak pantas dalam membantu mangsa ragut tersebut seperti yang terakam dalam video ‘dash cam’. Kedua-dua mereka ialah Kenny Ng Chau Seng dan Chomson Gon.

SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis
Next Article Kuching Kekal Gelaran Bandar Pelancong Bersih, Raih 2 Anugerah Pelancongan ASEAN Kuching Kekal Gelaran Bandar Pelancong Bersih, Raih 2 Anugerah Pelancongan ASEAN

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?