I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching

Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 28/05/22 12:01 AM
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Jom cuba Butter Coffee yang unik ini!

Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching. Ya! Anda memang tak salah dengar, kombinasi butter lemak berkrim dengan kopi klasik yang pahit, pekat dan manis ini mesti menghairankan bagi mereka yang tidak pernah mendengarnya. Tahukah anda, butter coffee ini merupakan satu menu minuman yang sangat unik dan amat terkenal di Kuching.

Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching
Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching

Kedai Hiap Yak Tea Shop Kuching memang tidak lagi asing bagi penduduk tempatan

Buat pengetahuan anda, di Bandaraya Kuching, terdapat sebuah kedai yang amat terkenal dengan minuman signature mereka iaitu Butter Coffee. Kedai Hiap Yak Tea Shop Kuching memang tidak lagi asing bagi penduduk tempatan kerana mereka menyajikan minuman unik ini.

Menurut pemilik kedai yang mesra dikenali sebagai Puan Tan, terdapat kisah unik di sebalik idea butter coffee ini. Puan Tan merupakan generasi kedua yang mewarisi kedai ini daripada mendiang ayahnya yang datang dari Negara China pada usia 13 tahun bersama pendatang China yang lain ke Kuching. Setelah ayah Puan Tan meninggal pada tahun 1990, dia kini mengurus perniagaan ini bersama ibunya.

Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching

Butter coffee ini diilhamkan oleh perokok candu

Butter coffee ini diilhamkan oleh perokok candu yang mempunyai kebiasaan memakan mentega dan kopi pekat untuk melegakan tekak mereka yang kering. Beberapa dekad yang lalu, terdapat banyak kandang candu di sepanjang Lorong Kai Joo ini.

Walaupun kini tiada lagi tempat menyimpan candu tersebut, idea menu butter coffee yang diilhamkan daripada perokok candu itu telah berjaya meraih tempat dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong sebagai menu minuman kesukaan yang amat unik.

Beroperasi sudah lebih 70 tahun, Hiap Yak Tea Shop ini terletak di Lorong Kai Joo ataupun dikenali sebagai Lorong Keranda (Coffin Lane) dalam kalangan penduduk tempatan disebabkan terdapat beberapa kedai keranda Cina yang pernah beroperasi di Lorong Kai Joo Lane lebih daripada 30 tahun yang lalu.

Kombinasi Kopi Klasik Lemak Berkrim, Ketahui Kisah Di Sebalik Butter Coffee Hiap Yak Tea Shop Kuching

Kafe Hiap Yak Tea Shop ini sememangnya tidak menang tangan melayan pelanggan terutama sekali di waktu pagi (breakfast hours). Pengunjung yang datang terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong-pelancong dari Semenanjung, Sabah, Singapura, Vietnam, Negara-negara Eropah dan lain-lain. Pelanggan-pelanggan ini juga kebanyakkannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video kafe ini.

Selain itu, kedai ini juga menyediakan cara yang unik untuk “takeaway” minuman panas mereka iaitu dengan menggunakan tin susu krimer yang telah dicuci bersih. Hal ini kerana Puan Tan berpendapat bahawa cara pembungkusan ini lebih selamat untuk kesihatan pelanggan jika dibandingkan dengan membungkus minuman panas dalam plastik atau cawan polystyrene. 

Hiap Yak Tea Shop ini beroperasi dari 7 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Sabtu. Manakala 7 pagi sehingga 2 petang pada hari Ahad. Tunggu apa lagi, Jom kita Takeaway!

Lagi di sini:

Husna Hazmi 28 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Next Article Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Kedai Kopi Lokal Untuk Anda Yang Suka Bersantai, Jom Ke The Coffee Factory Di Kuching
Tempat Makan

Kedai Kopi Estetik Untuk Anda Bersantai, Jom Ke Kafe The Coffee Factory Di Kuching

25 Jun 2022
Tempat Makan

Berita Baik Buat Penggemar Sushi! Sushi King Kini Buka Kiosk Di Lower Ground Vivacity

24 Jun 2022
Rasa Asli Dan Padu, Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang
Tempat Makan

Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!

24 Jun 2022
Tempat Makan

Part 1: Syurga Buat Pencinta Makanan, Ini 10 Port Makan Paling Best Di Metrocity Kuching

23 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?