• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom

Oleh
Aina Musa
22 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom

Lebih nostalgia, kilang kopi lama jadi buruan para traveler

Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom. Sesampainya di Tenom, perkara pertama yang terlintas di fikiran pengunjung ialah kopi. Kopi Tenom memang terkenal di serata Sabah dan Malaysia amnya dengan rasanya yang unik dan lazat.

Setiap hari, aroma biji kopi yang dibakar menyelubungi seluruh pekan Tenom yang berasal dari beberapa kilang pemprosesan kopi tempatan. Biasanya, biji kopi ini dipanggang dari awal pagi sehingga tengahari.

Aroma kopi yang menggugah selera itu sudah pasti menggamit minat pengunjung untuk mencuba sendiri kopi Tenom yang terkenal itu. Kopi Tenom bukan sahaja diminati ramai di Sabah malah turut mendapat sambutan hangat dari para pelancong dari Sarawak, Semenanjung Malaysia dan juga Brunei.

Kilang Kopi Yit Foh, Pit Stop Paling Best Buat Coffee Lovers Di Tenom

Selain itu, bau harum yang menggoda itu turut menarik ramai pelawat untuk melawat kilang berkenaan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan asal-usul kopi Tenom yang kini menjadi produk pelancongan utama daerah tersebut.

Jika anda ingin membeli kopi dengan harga murah untuk dijadikan buah tangan boleh datang ke kilang ini. Anda pasti akan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Kini, produk kopi Tenom memasuki pasaran Brunei dan Semenanjung, selain dijadikan buah tangan pelancong dari serata dunia dan menjadi produk kopi pilihan utama kebanyakan hotel dan resort di Sabah.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kopi yang terkenal di Tenom apabila anda berkungjung ke Sabah. Rasailah keenakkan kopi yang pasti tiada di tempat lain.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, Sabah, 89908 Tenom.
  • Nombor Telefon : 087-735 657  
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m

Membeli Kopi

Anda dapat membeli pelbagai kopi tenom disini dengan harga yang lebih murah daripada pasaran. Terdapat banyak kopi yang dijual, antaranya kopi kosong, kopi gula, kopi susu dan white coffee.

Penginapan yang Ada

Pihak Kilang Yit Foh telah menyediakan homestay yang sangat cantik dan indah. Anda boleh sewa disini sekiranya ingin bermalam di Tenom.

Tempat Makan

Disini juga disediakan restauran kepada pengunjung. Anda boleh menikmati makanan western yang pasti sangat enak. Selain itu, anda boleh cuba kopi tenom di sini.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Rupanya Sebab Mengapa Kopi Tenom Lebih ‘Kaw’ Dari Kopi Yang Anda Pernah Minum
13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau
Next Article Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang 'Hilang' Di Sarawak Kenali Etnik Miriek, Suku Kaum Yang ‘Hilang’ Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?