I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak

Oleh Kedung BK 7 Mac 2022
Kongsi
7 Min Bacaan
Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak

Penerbangan ke Kota Kinabalu juga ditawarkan

Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak. Kalau korang ada rancangan untuk balik kampung, ini adalah masanya untuk tempah penerbangan anda!

Bukan sahaja AirAsia menawarkan promosi diskaun, malah Malaysia Airlines (MAS) dan Firefly Airlines juga turut menawarkan penerbangan diskaun tiket – dengan serendah RM49 guys!

Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak

MAS

Bagi Malaysia Airlines, harga promosi serendah RM79 ditawarkan sehingga 30 Jun 2022. Untuk menikmati promosi ini, anda perlu buat tempahan anda sehingga 13 Mac 2022 untuk tempoh penerbangan dari sekarang sehingga 30 Jun 2022.

Promosi diskaun yang ditawarkan oleh MAS. Kredit foto: Malaysia Airlines

Ini adalah masa sesuai bagi mereka yang kini berada di perantauan dan ingin kembali ke kampung halaman semasa perayaan nanti! Wow, jangan lepaskan peluang ini!

Harga permulaan RM79 adalah untuk pelbagai laluan penerbangan dan anda juga boleh menikmati penerbangan Business Class dari harga serendah RM359.

Berikut adalah senarai penerbangan yang menawarkan harga promosi:

JOHOR BAHRU – LANGKAWI
Ekonomi – RM59
Business Class – RM399

KUALA LUMPUR – DESTINASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Ekonomi – RM79
Business Class – RM359

DALAM SARAWAK DAN SABAH
Ekonomi – RM79
Business Class – RM359

KUALA LUMPUR – SARAWAK
Ekonomi – RM109
Business Class – RM699

PULAU PINANG – KUCHING
Ekonomi – RM109
Business Class – RM699

KUALA LUMPUR – SABAH
Ekonomi – RM119
Business Class – RM899

PULAU PINANG – KOTA KINABALU
Ekonomi – RM169
Business Class – RM899

Kredit foto: Malaysia Airlines

TEMPOH TEMPAHAN: SEKARANG HINGGA 31 MAC 2022
TEMPOH PENERBANGAN: SEKARANG HINGGA 30 JUN 2022

Jika anda membeli tiket menerusi tawaran ini, anda juga layak untuk mendapatkan diskaun tambahan 15% untuk setiap pembelian tambahan bagasi dan tempat duduk atau pembelian tambahan set value bundle!

Sekiranya anda seorang ahli Enrich, anda boleh mendapatkan 10% mata ganjaran bonus jika anda membeli tiket menerusi promosi ini.

KLIK SINI UNTUK BUAT TEMPAHAN ANDA BERSAMA MALAYSIA AIRLINES

AirAsia

AirAsia Super Sale kini kembali! Mereka sekarang menawarkan promosi tempat duduk percuma untuk individu yang terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching, Terengganu, Johor Bahru, Pulau Pinang dan destinasi lain jika anda menempah dalam tempoh bermula hari ini (7 Mac) sehingga 13 Mac 2022 ini. Aihh, tiket murah lah ni maksudnya!

**Walau bagaimanapun, caj passenger service charge, surcaj bahan api dan yuran Mavcom akan tetap dikenakan sekiranya anda membeli tempat duduk percuma ini.

Kredit foto: Airasia

Bukan itu sahaja, AirAsia juga menawarkan promosi potongan 30% ke mana-mana destinasi dan syarikat penerbangan jika anda membuat tempahan anda mulai sekarang hingga 13 Mac 2022 untuk tempoh penerbangan dari 1 Oktober 2022 hingga 25 Mac 2023. Cuma gunakan kod MY30SALE untuk menuntut diskaun.

Bagi ahli Airasia, mereka juga boleh memperoleh 3x mata airasia dalam tempoh tempahan ini!

Kredit foto: Airasia

Sementara itu, promosi pakej percutian hotel + penerbangan juga ditawarkan iaitu potongan 33% untuk semua hotel jika anda menempah menerusi airasia.com. Ahli Airasia juga boleh menikmati 3x mata airasia pada masa yang sama! Cuma gunakan kod promosi AAHOTEL33 untuk menuntut diskaun.

Kredit foto: Airasia

TEMPOH TEMPAHAN: SEKARANG HINGGA 13 MAC 2022
TEMPOH PENERBANGAN: 1 OKTOBER 2022 HINGGA 25 MAC 2023

KLIK SINI UNTUK BUAT TEMPAHAN ANDA BERSAMA AIRASIA

Firefly Airlines

Menurut laman Facebook rasmi Firefly Airlines, mereka kini menawarkan promosi harga serendah RM49 untuk penerbangan sehala dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. Pelanggan yang ingin menikmati promosi ini boleh mula menempah penerbangan mereka dari 7 – 20 Mac ini untuk terbang dari 11 April hingga 30 Jun 2022.

Kredit foto: Firefly Airlines

Pada masa penulisan, penerbangan sehala dari Pulau Pinang ke Kuching pada 11 April 2022 berharga RM99 untuk seorang individu.

Penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching. Kredit foto: Firefly Airlines

Harga ini juga sama untuk mereka yang ingin pergi ke Pulau Pinang dari Kuching – bagi anak Sarawak yang berada di Pulau Pinang dan ingin kembali ke kampung halaman untuk musim perayaan, ini adalah masa sesuai untuk menempah penerbangan anda.

Penerbangan dari Kuching ke Pulau Pinang. Kredit foto: Firefly Airlines

Bagi mereka yang ingin bercuti ke Pulau Pinang dari Kota Kinabalu atau Kuching, Firefly juga menawarkan pakej percutian dengan harga berpatutan untuk anda!

Pakej percutian ini merangkumi penerbangan dan juga hotel untuk penginapan anda untuk percutian selama 3 hari dan 2 malam – dengan harga serendah RM279 untuk seorang (minimum 2 orang). Cuma tempah penerbangan anda sehingga 31 Mac 2022 untuk melancong dari 11 April 2022 – 23 Mac 2023.

Pakej ini menawarkan penerbangan ke Pulau Pinang dari Kuching (RM299) dan Kota Kinabalu (RM279). Untuk menikmati promosi ini, cuma gunakan kod promosi FYH22, ok guys?

Kredit foto: Firefly Airlines

Jika anda ingin menyewa kenderaan, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 35% untuk kereta sewa SOCAR dan TREVO jika anda menempah penerbangan anda dengan Firefly Airlines sehingga 31 Mac 2022.

Ahli Enrich juga boleh menikmati diskaun 22% untuk penerbangan domestik. Malah, anda boleh terbang sehala dari hanya 4,700 mata ganjaran Enrich! Jika anda mempunyai sebanyak mata ganjaran ini dalam akaun Enrich anda, anda berpeluang untuk menempah penerbangan domestik sehala secara percuma!

TEMPOH TEMPAHAN: SEKARANG – 20 MAC 2022
TEMPOH PENERBANGAN: 11 APRIL – 30 JUN 2022

KLIK SINI UNTUK BUAT TEMPAHAN ANDA BERSAMA FIREFLY AIRLINES

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertempuran Semakin Sengit, Ketahui Mengapa Rusia Menyerang Negara Ukraine Pertempuran Semakin Sengit, Ketahui Mengapa Rusia Menyerang Negara Ukraine
Next Article ‘Mai Estadio Loqstaq Nanti’ – Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?