• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Mai Estadio Loqstaq Nanti’ – Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik

Oleh
Ismail NA
7 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Dah kenapa pula ni?

‘Mai Estadio Loqstaq Nanti’ – Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik. Seperti yang semua sedia maklum, perlawanan Liga Super 2022 sudah pun bermula. Pada malam Jumaat 4 Mac yang lalu, pasukan Sarawak United FC telah menentang Kedah Darul Aman FC di gelanggang sendiri di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Dah kenapa pula ni?
  • Nak tahu apa orang Sarawak jawab sampai Daniel ni nak balas balik kat penyokong Sarawak?
  • Buat baik dibalas baik
  • Baca juga :

Kalau kat tempat-tempat lain, penyokong-penyokong bola sepak yang berlainan pasukan pasti tidak ‘ngam’ kalau duduk bersama. Iyalah, kalau sorang sorak pasukan ini, sorang lagi sorak pasukan itu, boleh jadi gaduh woo!

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Daniel Kincaid mencuri tumpuan ramai apabila pertanyaannya di laman Facebook berkenaan tempat duduk di stadium untuk penyokong pasukan Kedah rata-ratanya dibalas oleh orang Sarawak.

'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
‘Mai Estadio Loqstaq Nanti’ – Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik. Sumber : Facebook

Nak tahu apa orang Sarawak jawab sampai Daniel ni nak balas balik kat penyokong Sarawak?

Rupa-rupanya, penyokong The Crocs tidak kisah penyokong Kedah seperti Daniel untuk duduk di bahagian mana dalam stadium tersebut. Malah, ada juga penyokong The Crocs yang sempat menawarkan untuk duduk bersama-sama sambil berseloroh mengajaknya makan kacang kuda.

Melalui balasan komen terhadap pertanyaan yang diajukan oleh pemuda ini juga, adat perlawanan sudah tentu ada yang menang dan ada juga yang kalah. Tetapi itu semua tidak perlu menjadi alasan untuk penyokong berlainan negeri untuk memisahkan diri daripada kelompok masing-masing.

Duduk sama-sama dengan penyokong Sarawak sahaja. Tak mengapa, kita sama-sama sokong pasukan masing-masing. Sillaturrahim yang kita cari, sahabat semua.
Netizen Sarawak

'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
Sumber : Facebook via Majoriti.com

Kami orang Sarawak tak makan orang. Boleh saja campur duduk sama-sama.
Netizen Sarawak

Duduk sajalah mana-mana tuan. Penyokong Sarawak semuanya okay. Duduk dengan saya pun tak apa. Dapat makan kacang kuda hahaha.
Netizen Sarawak

'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
Sumber : Facebook via Majoriti.com

Buat baik dibalas baik

Daniel yang datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut berasa amat terharu dengan layanan baik yang diberikan orang Sarawak terhadap dirinya. Merasa kagum dengan sambutan yang diterimanya di negeri Kenyalang, Daniel berhasrat untuk membalas semula jasa baik penyokong Sarawak dengan memberikan layanan yang sama sekiranya mereka bertandang ke Stadium Darul Aman kelak.

'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
Kredit : FB Daniel Kincaid
'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
Kelibat Daniel yang memegang mafla Kedah bertulisan hijau di Stadium Negeri Kuching tempoh hari. Sumber : FB Kedah Darul Aman FC

Melalui hantarannya di laman Facebook, Daniel sememangnya menikmati waktu-waktunya di Kuching Sarawak apabila beliau sempat dibawa ke Waterfront, Kampung Budaya Sarawak, serta menjamu selera di Fauziah Food Court Metrocity dan Warung Hasmida. Makanan sedap-sedap, orang-orangnya sempoi dan friendly, kata Daniel!

'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
Kredit : FB Daniel Kincaid
'Mai Estadio Loqstaq Nanti' - Apa Yang Penyokong Sarawak Dah Buat Kat Pemuda Ini Memang Kena Balas Balik
Kredit : FB Daniel Kincaid

Daniel juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat penyokong Sarawak di laman Facebooknya setelah usai hari perlawanan.

“Terima kasih orang Sarawak, makanan kat sini semua sedap-sedap. Orang-orang Sarawak semua pun friendly memang sempoi.
Ada rezeki kita jumpa lagi, kalau ada fans Sarawak nak mai Estadio Loqstaq (Stadium Darul Aman) nanti roger-roger kita bawak pi jalan-jalan loqstaq (Alor Setar) pulak nah,”
Daniel Kincaid, penyokong tegar Kedah FC

Dalam perlawanan tersebut, pasukan Kedah FC menang tipis ke atas Sarawak United FC dengan skor 1-0.

Untuk perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu bertemu pasukan Sabah FC pada 24 April depan, Daniel juga berharap agar beliau mendapat layanan yang mesra daripada penyokong Sabah pula.

Inilah bukti bahawa sukan itu menyatu padukan, bukan memecah belahkan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak Kombo Berganda-Ganda, MAS, AirAsia Dan FireFly Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Kaw-Kaw Secara Serentak
Next Article Ditutup Untuk Renovasi Sejak Setahun Lalu, Pawagam Tunggal Di Labuan Akhirnya Dibuka Semula Bulan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?