• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak ‘Bolot’ Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Oleh
Aina Musa
16 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak 'Bolot' Anugerah Guru Inspirasi McDonald's

‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak ‘Bolot‘ Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s. Anugerah Guru Inspirasi (AGI), yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia sekali lagi menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menghargai guru-guru yang telah menabur jasa mendidik anak bangsa.

McDonald’s Malaysia telah memilih 25 guru yang berjaya memberikan inspirasi menerusi inisiatif mereka.

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak 'Bolot' Anugerah Guru Inspirasi McDonald's
Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak ‘Bolot’ Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s. Kredit: Facebook

Guru inspirasi membawa pulang baucer hadiah wang tunai bernilai RM5 ribu, trofi dan sijil, serta sekolah di mana guru-guru tersebut bertugas juga akan menerima peruntukan bernilai RM5 ribu untuk menambah baik bilik guru.

1. Cikgu Anne Margarette Kho

Antara penerimanya adalah Cikgu Anne Margarette Kho yang bertugas di SK Belipat, Sarawak. Inisiatif yang dijalankan oleh beliau mendapat perhatian daripada YB Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan.

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak 'Bolot' Anugerah Guru Inspirasi McDonald's

Antara inisiatif beliau ialah mengenalkan konsep kedai runcit di mana murid-murid pemulihan di SK Balipat yang berjaya menjawab kuiz atau meraih mana-mana pelajaran terbaik akan diberi peluang untuk menebus ganjaran di kedai runcit tersebut.

2. Cikgu Azmi bin Zainuddin

Seterusnya, Cikgu Azmi Bin Zainuddin yang mengajar di Sekolah Menengah Sains, Miri. Selain mejawat tugas hakiki beliau sebagai seorang guru Fizik, beliau juga diamanahkan untuk menjaga pasukan ragbi sekolah itu.

Walaupun sukan tersebut bukanlah kepakaran beliau, namun beliau berusaha melatih pasukanya sehingga ada antara ahli ragbi dibawah seliannya berjaya dihantar mewakili negeri dan Malaysia.

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak 'Bolot' Anugerah Guru Inspirasi McDonald's

Menariknya, segala taktik dan strategi permainan juga dikaitkan dengan subjek Fizik. Dari situ, pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu mengenai sukan tersebut malah dapat mengadaptasi mata pelajaran Fizik secara langsung.

3. Cikgu Silan Anak Nyupeng

Akhir sekali, Cikgu Silan Anak Nyupeng yang bertugas di SK St. Teresa.

Kisah inspirasinya dikongsikan oleh bekas anak murid beliau sendiri iaitu Maclaren Anak Jumpong. Menurutnya, Cikgu Silan merupakan guru subjek bahasa Inggeris dan Sains di sekolah itu.

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak 'Bolot' Anugerah Guru Inspirasi McDonald's

Beliau menggunakan pelbagai kaedah mengajar bagi memastikan kelasnya efektif termasuk memberikan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar.

Hasil daripada usaha murni beliau itu, sekolahnya pernah menjadi antara sekolah yang menerima keputusan UPSR yang terbaik untuk tahun tersebut.

Kegigihan Cikgu Silan memberi inspirasi kepada beliau untuk menjadi guru Sains. Tambahnya, beliau juga tertarik menggunakan kaedah pengajaran yang digunakan oleh Cikgu Silan suatu hari nanti.

Baca lagi artikel menarik:

Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023
Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, ‘Owner’ Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mark Zuckerberg Perkenal 'Feature' Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati Mark Zuckerberg Perkenal ‘Feature’ Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati
Next Article Seksa Dua Bayi, Pengasuh Taska Dah Kena Cekup

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?