• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, ‘Owner’ Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000

Oleh
Aina Musa
16 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, 'Owner' Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000

Padah ‘reject’ nombor salah cetak

Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, ‘Owner’ Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000. Seorang pemilik kedai tiket loteri memenangi hadiah utama 300,00 yuan (RM194,000) selepas menyimpan tiket loteri yang ditolak oleh pelanggan tetapnya gara-gara tersalah cetak.

Difahamkan, beliau merupakan pemilik kedai loteri di Bandar Zigong, Sichuan China.

Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, 'Owner' Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000
Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, ‘Owner’ Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000. Kredit: Says

Pelanggannya yang berusia dalam lingkungan 40-an itu, mengunjungi kedainya untuk membeli tiket loteri, tetapi bukannya menulis nombor yang ingin dibelinya pada sekeping kertas. Sebaliknya hanya menyebut nombor tersebut kepada beliau.

Ini kisah yang dikongsikan pemilik kedai loteri tersebut

Tambahnya pelanggannya itu mengambil masa yang lama untuk memikirkan nombor apa yang perlu dibeli di hadapan skrin paparan sebelum berjalan ke kaunter.

“Saya selalunya sibuk. Saya minta mereka tulis (nombor loteri yang ingin dibeli) untuk saya, supaya tidak tersilap cetak,” katanya

Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, 'Owner' Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000

“Beliau mungkin tergesa-gesa hari itu, jadi dia hanya membacakannya kepada saya,” tambahnya.

Tambahnya beliau tersalah mendengar nombor yang disebut menyebabkan pelanggannya menolak tiket loteri itu.

“Pada masa itu, saya memujuknya, ‘Kenapa tidak mengambil tiket loteri ini? Bagaimana jika nombor tersebut bertuah?!'”

Pelanggannya tetap bertegas untuk menolak tiket tersebut.

Kecewa dengan tolakan tersebut, beliau akhirnya akur dan membayar tiket tersebut sebanyak 18 yuan (kira-kira RM 11.65).

Tuah Pelanggan Tolak Tiket Salah Cetak, 'Owner' Kedai Loteri Pula Bawa Pulang RM194,000

Namun, ‘plot twist’ pula berlaku apabila nombor loteri yang tersalah cetak itu merupakan nombor bertuah dengan hadiah utama pada hari itu.

Selepas potongan cukai, beliau membawa pulang 240,000 yuan (RM155,000). Beliau bercadang untuk membelanjakan wang itu untuk perkahwinan anaknya pada masa akan datang.

Baca lagi artikel menarik:

‘Rezeki’ Dapat Wang Vietnam Dari ‘Mombok’, Lelaki Sibu Ini Pula Menang 4D Bernilai RM20K
‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2023 Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023
Next Article Mark Zuckerberg Perkenal 'Feature' Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati Mark Zuckerberg Perkenal ‘Feature’ Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?