• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kongsi Punca Depresi, Ustaz Don Daniyal Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’

Oleh
ILB - AI
12 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Ustaz Don membuat perkongsian mengenai depresi dan menyuruh dengar lagu Coldplay untuk terapi

Kongsi Punca Depresi, Ustaz Don Daniyal Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’. Satu hantaran video tular mengenai pendakwah selebriti terkenal, Don Daniyal Don Biyajid atau dikenali sebagai Ustaz Don, membincangkan topik ‘Depresi Dari Sudut Islam.’

Menerusi rakaman video tersebut, Ustaz Don memberi contoh lirik lagu kumpulan muzik popular dari United Kingdom, Coldplay iaitu ‘Fix You’. Menurut Ustaz Don, punca utama tekanan individu adalah kurangnya kesedaran tentang kehendak sendiri.

Kongsi Punca Depresi, Ustaz Don Daniyal Suruh Dengar Lagu Coldplay 'Fix You'
Sumber: Twitter

Memberi contoh lagu ‘Fix You’ daripada kumpulan Coldpplay

“Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ini. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay.. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.

“You get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu,” ujarnya.

“Apa yang anda mahu? Anda nak hidup bahagia ka? Anda nak duit banyak ka? Anda nak hati tenang ka? Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Jadi itu punca utama.

“Dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu tidak selari dengan apa yang dia mahu,” katanya lagi dalam video tersebut.

https://twitter.com/_NazriH/status/1656314633194708992?s=20

Ustaz Don turut beri contoh kisah Siti Maryam

Menurut sumber, Ustaz Don turut mengambil kisah Siti Maryam yang mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, Nabi Isa tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.

“Tekanan ini berlaku bila mana kita tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar. Contoh Siti Maryam. Siti Maryam mahu anak tak? Dia tidak mahu. Kalau dia mahu, dia kahwin. Betul tak? Kalau dia mahu, dia akan gembira bila Malaikat Jibril datang beritahu, ‘Maryam, kamu ini mengandung anak lelaki.’

“Tapi Siti Maryam kata, ‘Macam mana aku boleh mengandung?’ Orang lelaki tak sentuh aku pun. Maknanya dia tak mahu anak. Tapi Allah kata, ‘Maryam mengandung.’ Allah kata jadi, maka jadilah.

Sumber: Google

“Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu Qada’ dan Qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi,” jelas Ustaz Don lagi.

Nasihat agar dijauhkan penyakit depresi

Sementara itu, Ustaz Don menasihatkan berdoa kepada Tuhan agar kita semua tidak termasuk dalam golongan sedemikian, dan berdoa supaya pesakit tersebut disembuhkan daripada kemurungan.

Sekadar info, kumpulan Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur pada 22 November bagaimanapun mereka berdepan bantahan daripada beberapa pihak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian
‘Skip’ Beberapa Tour Di Asia Tenggara, Coldplay Bakal Adakan Konsert Di Malaysia November Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Tuah' Taruh Nombor Plat Kereta Baru Anak, Seorang Tukang Kayu Menang Jackpot RM13.6 Juta ‘Tuah’ Taruh Nombor Plat Kereta Baru Anak, Seorang Tukang Kayu Menang Jackpot RM13.6 Juta
Next Article Beberapa Kawasan Di Sarikei Bakal Mengalami Gangguan Bekalan Elektrik Sehingga Petang Ini Beberapa Kawasan Di Sarikei Bakal Mengalami Gangguan Bekalan Elektrik Sehingga Petang Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?