• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kononnya Halau Hantu Tempayan, Bomoh Ditahan Rogol Gadis Bawah Umur Di Kapit

Oleh
Husna Hazmi
29 Disember 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Polis menahan seorang bomoh yang disyaki merogol seorang gadis bawah umur.

Kononnya Halau Hantu Tempayan, Bomoh Ditahan Rogol Gadis Bawah Umur Di Kapit. Polis telah memberkas seorang bomoh yang disyaki merogol seorang gadis bawah umur ketika menjalankan upacara perubatan tradisional untuk menghalau hantu di sebuah kawasan anak sungai Batang Baleh, Kapit baru-baru ini.

Isi Isi Penting
  • Polis menahan seorang bomoh yang disyaki merogol seorang gadis bawah umur.
  • Disangka diganggu oleh hantu tempayan
  • Mengambil kesempatan memperkosa mangsa
  • Suspek telah diberkas

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata bahawa suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian pada jam 1.30 tengah hari pada 26 Disember.

Disangka diganggu oleh hantu tempayan

“Kejadian itu berlaku semasa pengadu, 40, membawa anak gadisnya berjumpa dengan bomoh tersebut untuk berubat kerana disangka diganggu oleh hantu tempayan,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pengadu bersama anaknya ditemani oleh dua orang kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh.

Menurut beliau, upacara miring dan ‘bebiau’ itu diadakan di tepi sungai.

“Setelah selesai upacara tersebut, bomoh itu kemudiannya membawa anak pengadu ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh pengadu iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan menghalau hantu dari badan anak pengadu.

Mengambil kesempatan memperkosa mangsa

“Dipercayai bomoh itu telah mengambil kesempatan memperkosa mangsa ketika upacara menghalau hantu itu tanpa dilihat sesiapa,” jelas Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian.

Beliau juga berkata, bomoh itu kemudiannya memberi amaran kepada anak pengadu supaya tidak menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa dengan alasan penyakitnya tidak akan sembuh sekiranya mangsa melanggar syarat itu.

Bagaimanapun, anak pengadu telah menceritakan segalanya kepada ibunya selepas mereka pulang ke rumah lebih kurang jam 2 pagi pada 25 Disember lalu.

Suspek telah diberkas

Freddy berkata, pihaknya yang bertindak atas laporan telah berjaya mengesan suspek lebih kurang jam 3.00 petang itu dan seterusnya memberkas suspek.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan pakar,” tambah beliau.

Suspek yang berasal dari Balingian telah direman selama tujuh hari sehingga 2 Januari tahun hadapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

Kredit: Sarawak Nang Best!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Tunggang Basikal Lajak, Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Disaman Polis
Next Article Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?