• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Padah Tunggang Basikal Lajak, Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Disaman Polis

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Baru sahaja berusia 12 tahun dah kena saman polis.

Padah Tunggang Basikal Lajak, Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Disaman Polis. Dua kanak-kanak disaman polis dalam Op Basikal Lajak di sekitar Taman Scientex Di Pasir Gudang Johor pada 26 Disember lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata bahawa, dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disaman kerana masing-masing menunggang basikal lajak dan motosikal dalam operasi pihaknya pada 5.30 petang.

Menurut beliau, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap remaja berusia 14 tahun yang membonceng motosikal ditunggang kanak-kanak terbabit.

Padah Tunggang Basikal Lajak, Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Disaman Polis
Padah Tunggang Basikal Lajak, Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Disaman Polis. Gambar sebagai hiasan

Operasi ini dijalankan bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya

Kata beliau juga, operasi tersebut dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya dan membanteras aktiviti basikal lajak.

“Penunggang motosikal disaman kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaannya itu sudah tamat tempoh serta tidak memakai topi keledar.

“Pemboncengnya pula melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar.

“Kanak-kanak yang menunggang basikal lajak pula melakukan kesalahan dengan menaiki basikal yang diubahsuai, tidak mempunyai brek dan loceng,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Padah Tunggang Basikal Lajak, Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Disaman Polis
Gambar sebagai hiasan

Saman yang dikeluarkan mengikut Seksyen 26 (1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Tambah beliau lagi, saman yang dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dibuat mengikut Seksyen 26 (1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, penunggang basikal lajak itu pula disaman mengikut peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubahsuai basikal.

Diharap kejadian ini boleh menjadi pengajaran agar tidak menyalahi undang-undang yang telah disediakan. Patuhilah undang-undang untuk kebaikan kita.

Kredit: HarianMetro

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuarters Pekerja Ranap Dalam Kebakaran Tinggalkan 13 Warga Asing Sehelai Sepinggang Di Selangau
Next Article Kononnya Halau Hantu Tempayan, Bomoh Ditahan Rogol Gadis Bawah Umur Di Kapit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?