• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

‘Last Minute’ Batal Konsert Koplo Pentas Borneo 2024, Pihak Penganjur Mohon Maaf

Oleh
Nazihah AN
15 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
'Last Minute' Batal Konsert Koplo Pentas Borneo 2024, Pihak Penganjur Mohon Maaf

Pihak penganjur jamin bakal kembalikan wang penuh kepada mereka yang telah membeli tiket

‘Last Minute’ Batal Konsert Koplo Pentas Borneo 2024, Pihak Penganjur Mohon Maaf. Konsert Koplo Pentas Borneo 2024 yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini (17 Feb) di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) telah dibatalkan oleh Pentas Borneo.

Penganjur acara, Pentas Borneo Sdn Bhd, membuat pengumuman pembatalan itu melalui Facebook dengan memberikan alasan keadaan yang tidak dapat dielakkan, tetapi menjamin komitmen mereka untuk menyelesaikan masalah.

Konsert Koplo Pentas Borneo 2024 Terpaksa Dibatalkan ‘Last Minute

“Dengan dukacitanya kami mengumumkan pembatalan konsert KOPLO PENTAS BORNEO 2024, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak pada 17 Februari 2024, atas sebab-sebab yang tidak diduga.”

“Pentas Borneo Sdn Bhd selaku penganjur acara itu sedang berusaha gigih untuk menangani situasi tersebut. Kami memahami kekecewaan yang mungkin timbul dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.”

“Bagi mereka yang telah membeli tiket, kami akan mengeluarkan bayaran balik penuh. Butiran lanjut mengenai proses bayaran balik akan dimaklumkan terus kepada pemegang tiket melalui platform tiket masing-masing yang digunakan untuk pembelian. Kami memohon kesabaran dan pemahaman anda semasa kami berusaha untuk memproses bayaran balik secepat yang mungkin.”

Laporan awal menyatakan beberapa artis di bawah Nagaswara Music Media and Publishing dari Jakarta akan menampilkan persembahan di konsert itu, termasuk penyanyi terkenal Siti Badriah, yang dikenali dengan lagu-lagu seperti ‘Lagi Syantik’ dan ‘Lagi Tamvan’. Kumpulan Keris Patih dan Luvia Band dari Indonesia juga dijadualkan untuk menyertai konsert itu.

Nak tahu apa lagi acara yang menarik pada bulan ini? Boleh baca di bawah:

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Februari 2024 Di Kuching
Dengan Tampilan Artis Popular, Stylo Fest Bakal Diadakan Di Kuching Bulan Februari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang
Next Article KDN Rampas Alat Mainan Seks Bernilai RM70K, Kedai Di Kuching Antara Yang Diserbu KDN Rampas Alat Mainan Seks Bernilai RM70K, Kedai Di Kuching Antara Yang Diserbu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?