• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang

Oleh
Ismail NA
15 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Batu Panggah = Rumah Batu Kepala?

Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang. Batu Panggah adalah sebuah tempat menarik yang terletak di Borneo Highland, Sarawak.

Selain daripada itu, di sekitar kawasan Batu Panggah terdapat pelbagai aktiviti luar yang menarik seperti berjalan di trek hutan, melawat air terjun berdekatan, dan menikmati keindahan alam semula jadi kawasan Borneo Highland.

Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang
Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang. Kredit: wilsonchin.blogspot.com

Difahamkan, Panggah bermaksud Rumah Kepala. Jadi, secara harafiahnya, adakah Batu Panggah merujuk kepada Batu Rumah Kepala? Macam mana tu ya? Dari mana Batu Panggah ini mendapat namanya?

Kisah cinta pasangan dari dua kampung bermusuhan

Menurut kisah-kisah lama, Batu Panggah merupakan lambang kisah cinta terlarang antara dua insan. Kononnya, pada suatu ketika dahulu, terdapat dua buah kampung yang saling bermusuhan sehinggakan tiada seorang pun daripada mana-mana penduduk boleh menjejakkan kaki ke sempadan kampung yang lain.

Namun begitu, akhirnya terdapat seorang lelaki dan perempuan yang saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Suatu hari, kisah cinta mereka sampai ke pengetahuan Tuai Rumah (ketua kampung) di kampung mereka. Maka, suatu perintah telah dikeluarkan yang memberi arahan agar menangkap pasangan kekasih ini sama ada hidup atau pun mati.

Demi cinta, pasangan ini nekad melarikan diri

Mendengarkan arahan tersebut, pasangan kekasih ini telah nekad untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka kerana semasa mereka melarikan diri, hujan lebat telah turun mencurah-curah membasahi bumi.

Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang
Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang

Akibat hujan yang amat lebat, maka kedua pasangan bercinta ini telah mengambil keputusan untuk mendapat perlindungan di sebuah rumah kayu.

Tetapi, rumah yang dimasuki mereka bukanlah sebarangan rumah kerana ia merupakan sebuah rumah yang digelar Rumah Kepala. Rumah Kepala ini dikatakan menjadi tempat penyimpanan kepala dan tengkorak sebagai simbol kemenangan.

Tambahan pula, legenda telah mengatakan bahawa orang perempuan serta kanak-kanak adalah dilarang sama sekali daripada memasuki rumah tersebut.

Akibat daripada itu, kilat telah menyambar tepat ke Rumah Kepala lalu menukarkannya menjadi sebuah batu yang amat besar serta mempunyai wajah persis berwajah manusia.

Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang
Kredit: wilsonchin.blogspot.com

Alam turut tidak merestui hubungan mereka

Sejurus panahan kilat itu juga, segala pintu keluar daripada rumah tersebut telah ditutup dan kedua-dua pasangan itu terperangkap di dalamnya.

Akhirnya apabila orang kampung sampai ke sana, maka barulah mereka mengetahui bahawa pasangan yang mereka cari rupanya telah memasuki rumah tersebut oleh kerana perubahan fizikal Rumah Kepala tersebut.

Maka, kekallah Rumah Kepala sehingga sekarang menjadi batu yang diberikan nama Batu Panggah.

Mirip Wajah Manusia, Batu Panggah Di Borneo Highland Simpan Kisah Cinta Terlarang
Kredit: wilsonchin.blogspot.com

Batu Panggah menjadi tarikan utama di kawasan ini, menarik para pelawat dari dalam dan luar negara untuk merasai keunikan alam Sarawak dan pengalaman yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

Sekiranya anda berpeluang menjejakkan kaki ke Borneo Highland Resorts, jangan lupa untuk melawat serta melihat sendiri keunikan Batu Panggah yang dikatakan mirip seperti wajah seorang manusia.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Lagenda Antu Kulir, Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung Sudah 3 Hari Dipujuk, Lelaki Di Sandakan Masih Enggan Turun Dari Bumbung
Next Article 'Last Minute' Batal Konsert Koplo Pentas Borneo 2024, Pihak Penganjur Mohon Maaf ‘Last Minute’ Batal Konsert Koplo Pentas Borneo 2024, Pihak Penganjur Mohon Maaf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?