• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan

Oleh
Husna Hazmi
18 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Fasa pertama, pemansuhan kuarantin dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan. Dilaporkan bahawa, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes Covid-19 bermula minggu hadapan, kata Khairy Jamaluddin.

Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan
Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan

Fasa pertama pemansuhan kuarantin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa bagi fasa pertama, pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontak rapat kes Covid-19 akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Sehubungan itu katanya, satu pekeliling telah diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.

“Kontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.

“Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat, mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada bergejala.

“Sebaliknya mereka hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu,” jelas beliau dalam sidang media semalam.

Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan

Kerajaan mungkin akan melaksanakan protokol yang sama kepada orang ramai

Di samping itu, beliau juga turut menjelaskan kerajaan mungkin akan melaksanakan protokol yang sama kepada orang ramai sekiranya ia boleh dilaksanakan. Beliau juga telah meminta Dr Noor Hisham untuk mencadangkan perkara tersebut kepada sektor kesihatan swasta jika mereka mahu melaksanakan protokol yang sama.

Sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap menerima vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak telah diarahkan untuk menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka pula hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu
Next Article Kerja-Kerja Penyiasatan Tapak Di Jalan Setia Raja Ditutup Sehingga 5 Petang Ini Kerja-Kerja Penyiasatan Tapak Di Jalan Setia Raja Ditutup Sehingga 5 Petang Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?