• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu

Oleh
Husna Hazmi
17 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa melecur teruk di bahagian badannya.

Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki yang kecewa dengan teman wanitanya yang mempunyai kekasih baharu dipercayai nekad bunuh diri dengan membakar dirinya dan keretanya dalam kejadian di Kampung Syed Omar, Perlis malam tadi.

Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu
Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu. Kredit gambar: Utusan Malaysia

Mangsa yang berusia 28 tahun itu juga dilaporkan melecur 96 peratus

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian berlaku di atas jambatan Kampung Syed Omar dan mangsa merupakan seorang pemilik kedai aksesori kenderaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam dan mangsa yang berusia 28 tahun itu juga dilaporkan melecur 96 peratus pada bahagian badannya.

“Seorang saksi dalam perjalanan pulang memberhentikan keretanya di belakang kereta mangsa yang sedang terbakar dan mendapati lelaki itu sedang berjalan ke arahnya.

“Saksi tersebut kemudiannya keluar dari kereta dan cuba menenangkan mangsa sebelum menghubungi pihak polis, bomba dan juga ambulans,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan tidak lama kemudian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Mangsa merupakan seorang pesakit luar Jabatan Psiakitri

Siasatan yang selanjutnya mendapati bahawa mangsa merupakan seorang pesakit luar Jabatan Psiakitri HTF dan mempunyai rekod cubaan membunuh diri beberapa kali termasuk mengelar tangan pada Januari lalu dan meminum racun tikus sehari sebelum kejadian.

“Bapa mangsa ingin membuat laporan polis selepas anaknya mendakwa terminum petrol dan keluar dari rumah menaiki kereta Perodua Axia berwarna biru untuk pergi memotong rumput di rumah datuknya di Kaki Bukit kira-kira jam8.45 malam.

“Sebaik sahaja tiba di balai Polis Kangar, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta terbakar sebelum dia ke lokasi dan mengesahkan kereta yang terbakar itu milik anak lelakinya,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Wari memberitahu, mangsa berada dalam keadaan kritikal dan diberikan bantuan pernafasan di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF selepas 96 peratus anggota badannya melecur.

Kata beliau, pihak Forensik Bomba dan Penyelamat Perlis akan hadir melawat tempat kejadian bagi mengesan punca kebakaran. Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta ‘Magic Ruler’ Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit
Next Article Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?