• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut

Oleh
Nazihah AN
5 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kepercayaan Kaum Bajau Laut, Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih

Penyaram adalah hidangan yang digemari ramai masyarakat khususnya di Malaysia

Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut. Penyaram merupakan sejenis kuih tradisional etnik Sabah khususnya etnik Bajau Pantai Timur. Kuih Penyaram merupakan sejenis kuih yang dihasilkan dari tepung, diuli bersama gula apong sebelum diacu dan digoreng.

Tahukah anda, terdapat kajian yang menyatakan bahawa kuih penyaram ini juga digunakan dalam sebuah ritual yang diamalkan oleh etnik Bajau Laut khususnya ritual pengubatan. Ritual tersebut dikenali sebagai Mag’Buaya.

Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut
Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut. Sumber gambar: MySabah.com

Penyaram berfungsi untuk membuka pintu portal yang memisahkan dua alam

Mag’Buaya merupakan sebuah persembahan ritual tradisional yang diamalkan oleh etnik Bajau Laut di daerah Semporna Sabah khususnya diamalkan oleh kelompok kecil etnik Bajau Kg. Seloka Empat, Pulau Bum Bum Semporna.

Mag’Buaya adalah persembahan ritual pengubatan yang menyeru ombo’ buaya pote’ (semangat perlindung buaya putih) yang menjadi pegangan keluarga pengamal dan diwarisi secara turun temurun.

Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut
Gambar sekadar hiasan

Asbab penyaram digunakan dalam ritual ini kerana ia berfungsi sebagai kunci yang membuka pintu portal yang memisahkan dua alam. Ritual Mag’Buaya ini mempunyai banyak fungsi yang berbeza antaranya adalah pengubatan, komunikasi, keharmonian dan juga pemudah rezeki.

Pengubatan

  • Ritual ini dipersembahkan bagi tujuan merawat penyakit, khususnya penyakit misteri yang berkaitan dengan alam metafizik seperti keteguran. Akan tetapi, kelompok etnik ini pada kebiasaanya akan mendapatkan bantuan perubatan moden dan klinikal terlebih dahulu sekiranya ditimpa sakit. Apabila rawatan moden gagal menyembuhkan penyakit, barulah mereka menggunakan rawatan alternatif.

Komunikasi

  • Ritual ini digunakan sebagai medium komunikasi diantara dua alam iaitu alam nyata dan alam metafizik. Tujuan ini biasanya terhasil daripada persembahan ritual bagi tujuan Kok Taun.
  • Kok Taun’ adalah istilah bahasa Bajau Laut yang merujuk kepada kepala tahun. Ritual Mag’Buaya dijalankan sebagai kok taun’ atas beberapa sebab iaitu sebagai ulangtahun pegangan etnik dan yang kedua sebagai peringatan sekiranya sepanjang tahun tidak ada ritual dipersembahkan atas tujuan pengubatan.
Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut
Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut. Gambar sekadar hiasan

Keharmonian

  • Ritual Mag’Buaya dipersembahkan bagi tujuan keharmonian dan perlindungan bagi kampung atau keluarga. Sebagai contoh dipersembahkan bagi melindungi kampung tersebut dari serangan musuh, pengganas, wabak, bencana, musibah dan sebagainya.

Pemudah Rezeki

  • Ritual dipersembahkan bagi tujuan membantu memudahkan rezeki sebagai contoh bagi peniaga atau bagi pelajar yang menduduki peperiksaan. Ritual dipersembahakan agar proses mencari rezeki berjalan lancar.

Sebanyak 140 biji penyaram digunakan dalam persembahan ritual Mag’Buaya ini. Saiz penyeram yang digunakan dalam persembahan ritual Mag’Buaya ini berbeza dengan saiz kuih penyaram pada kebiasaanya.

Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut
Sumber gambar: Sharifuddin Zainal, Mohd Kipli Abd Rahman dan Patta Ariffin Husin

Ukuran diameter kuih penyaram yang digunakan dalam ritual ini adalah sekitar satu inci bersamaan dengan sebesar saiz syiling 50 sen kemudian dilekatkan kepada dua replica buaya yang dihasilkan daripada pulut putih dan pulut hitam.

Begitulah kepercayaan persembahan ritual pengubatan yang diamalkan oleh etnik Bajau Laut. Menarik bukan?

Lagi artikel menarik untuk tambah pengetahuan berkenaan sejarah di Borneo:

Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak
Seakan-akan ‘Carolina Reaper’, Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak
SUMBER :ASEAN Journal of Management and Business Studies
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom
Next Article Dijual Sehingga RM 27K Sepokok, Ini Sebab 'Orchid Gold Of Kinabalu' Antara Bunga Termahal Di Dunia Dijual Sehingga RM 27K Sepokok, Ini Sebab ‘Orchid Gold Of Kinabalu’ Antara Bunga Termahal Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?