• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kos Bersalin Serendah RM15 Di Hospital Ranau, Netizen Bersyukur Jadi Warganegara Malaysia

Oleh
Farisha
3 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

RM15 vs RM2,800: Kadar Deposit Hospital Ranau Buat Netizen Berterima Kasih Jadi Warganegara

Kos Bersalin Serendah RM15 Di Hospital Ranau, Netizen Bersyukur Jadi Warganegara Malaysia. Baru-baru ini, tular satu perkongsian seorang pengguna Facebook, Hainie Sp, menjadi bualan ramai apabila beliau memuat naik gambar papan tanda kadar bayaran deposit untuk rawatan di Hospital Ranau.

Apa yang menarik perhatian adalah perbezaan ketara dalam bayaran deposit antara warganegara Malaysia dan warganegara asing.

Kos Bersalin Serendah RM15 Di Hospital Ranau, Netizen Bersyukur Jadi Warganegara Malaysia
Kos Bersalin Serendah RM15 Di Hospital Ranau, Netizen Bersyukur Jadi Warganegara Malaysia. Sumber foto: Hainie Spn

Bayangkan, kos deposit bersalin untuk rakyat Malaysia hanya RM15, manakala bagi warganegara asing, jumlahnya melambung ke RM2,800.

Selamat pagi, bersyukur tinggal di negara sendiri. Kalau inda sandi juga ohh,” luah netizen menggambarkan rasa syukurnya sebagai rakyat Malaysia.

Netizen Turut Rasa Bersyukur

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-rata meluahkan rasa bangga dan bersyukur dengan kadar bayaran rawatan hospital yang sangat berpatutan untuk rakyat Malaysia. Namun, di sebalik pujian dan rasa syukur, isu yang lebih serius turut diketengahkan.

Warga Asing Tidak Bayar Bil Hospital?

Dalam pada itu, hantaran itu turut menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap warga asing, terutamanya di Sabah, yang didakwa tidak membayar kos rawatan di hospital kerajaan.

Pada Februari tahun lepas, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Lee Boon Chye, mendedahkan bahawa warga asing gagal melangsaikan bil hospital sehingga jumlah tertunggak mencecah RM100 juta. Majoriti kes ini pula dilaporkan berlaku di Sabah.

Apa Langkah Seterusnya?

Dengan angka yang membimbangkan ini, ramai berharap pihak KKM akan memperketatkan penguatkuasaan pembayaran oleh warganegara asing. Langkah ini bukan sahaja untuk memastikan keadilan, tetapi juga untuk melindungi dana awam yang digunakan bagi subsidi kesihatan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, kita sebagai rakyat Malaysia wajar berterima kasih kerana masih menikmati kemudahan kesihatan yang jauh lebih mampu milik berbanding negara lain. Bersyukur dan teruskan menyokong sistem kesihatan negara kita.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kisah-kisah tular di media sosial:

Tular Gereja Di Indonesia Mulakan Misa Krismas Dengan Memberi Salam
Tular Petugas Kesihatan Di Sibu Dipaksa Kerja Setiap Hari, Netizen Luah Prihatin
SUMBER :Sabah InfoFacebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Januari 2025 Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Januari 2025
Next Article Kuching Destinasi Pertama, Ikon ‘Daddy Cool’ Boney M Bakal Gegarkan Pentas BCCK

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?