• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Destinasi Pertama, Ikon ‘Daddy Cool’ Boney M Bakal Gegarkan Pentas BCCK

Oleh
Husna Hazmi
4 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Persembahan bakal berlangsung malam ini

Kuching Destinasi Pertama, Ikon ‘Daddy Cool’ Boney M Bakal Gegarkan Pentas BCCK. Dilaporkan, legendary disco group Boney M, yang diketuai oleh ahli asalnya Maizie Williams, bakal menggamatkan pentas di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam ini! Persembahan dijadual bermula pada pukul 8 malam, so better datang awal.

Ahli kumpulan Boney M tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sekitar jam 9.30 malam pada hari Khamis. Ketibaan mereka disambut oleh Zaid Zaini, ketua penganjur Boney M 50th Anniversary Tour dan juga pengarah eksekutif Front Row Entertainment Sdn Bhd; Ameerah Alsree, pengarah urusan Front Row; serta beberapa ahli jawatankuasa penganjur.

Kuching Destinasi Pertama, Ikon ‘Daddy Cool’ Boney M Bakal Gegarkan Pentas BCCK. Sumber gambar: The Borneo Post

Kuching merupakan destinasi pertama dalam jelajah

Sebelum konsert berlangsung, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, akan mengadakan sesi taklimat media ringkas. Beliau bersama isterinya, Zuraini Abdul Jabbar, juga akan menghadiri konsert ini.

Ini bukan sebarang konsert tau! Kuching merupakan destinasi pertama dalam jelajah ulang tahun ke-50 Boney M di peringkat global. Lepas Kuching, mereka akan membuat persembahan di Jakarta pada 10 Januari, Kuala Lumpur pada 12 Januari, dan Singapore pada 15 Januari.

Semua tiket tempat duduk untuk konsert ini dah sold out! Kalau korang tak sempat beli, jangan risau – boleh try ke destinasi seterusnya (kalau sanggup travel).

Jom kita throwback ke zaman disko dan enjoy hits klasik macam Rasputin dan Daddy Cool!

Lagi event menarik untuk anda di sini:

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Januari 2025
Acara Larian Sarawak 2025, Ini Tarikh Penting Untuk Semua Penggemar Larian
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kos Bersalin Serendah RM15 Di Hospital Ranau, Netizen Bersyukur Jadi Warganegara Malaysia
Next Article Ular Sawa Parking Bawah Kereta Di Miri, Abang Bomba Pantas Selamatkan Keadaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?