• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kos Tiket Pulang Sabah, Sarawak Melampau, AirAsia Kini Tambah Penerbangan Harga Tetap

Oleh
Husna Hazmi
7 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Cepat dapatkan tiket penerbangan anda sekarang.

Kos Tiket Pulang Sabah, Sarawak Melampau, AirAsia Kini Tambah Penerbangan Harga Tetap. Dilaporkan, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi, Air Asia telah menawarkan 11,400 tempat duduk dengan harga tetap buat penerbangan ke Sabah dan Sarawak tahun ini.

Kementerian Pengangkutan Malaysia berkata, perkara ini sama seperti kempen yang dilakukan pada sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Kos Tiket Pulang Sabah, Sarawak Melampau, AirAsia Kini Tambah Penerbangan Harga Tetap
Kos Tiket Pulang Sabah, Sarawak Melampau, AirAsia Kini Tambah Penerbangan Harga Tetap. Sumber foto: Air Asia

Inisiatif bagi mengatasi peningkatan harga tiket penerbangan

Bagi mengatasi masalah kesukaran membeli tiket balik ke kampung kerana peningkatan harga yang melampau, penambahan 11,400 lagi tempat duduk dengan harga tetap buat penerbangan ke Sabah dan Sarawak ini merupakan salah satu inisiatif baik yang boleh membantu orang ramai.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga berharap agar syarikat penerbangan lain mengikuti dan mengurangkan kos perjalanan terutamanya semasa musim perayaan agar orang ramai boleh ‘balik kampung’.

Kos Tiket Pulang Sabah, Sarawak Melampau, AirAsia Kini Tambah Penerbangan Harga Tetap
Sumber foto: Air Asia

Penerbangan ke Sarawak dengan harga RM 199 manakala ke Sabah RM 249

Penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Baru ditetapkan pada RM199 ke Sarawak dan RM249 ke Sabah.

AirAsia juga akan menambah 62 penerbangan tambahan untuk memastikan mereka dapat memenuhi permintaan orang ramai pada musim perayaan.

Tempahan untuk tambang tetap akan bermula hari ini pada jam 6 petang, dan tempoh perjalanan adalah antara 19 hingga 21 April dan antara 28 hingga 30 April.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Dah Macam Pergi Oversea, Netizen Merungut Tiket ‘One Way’ Ke Sabah Sarawak Cecah Ribuan Ringgit
Beban Buat Rakyat Sabah Sarawak, Harga Tiket Sempena Aidilfitri Naik Hingga 400 Peratus
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terletak Di Tengah Kuching, Bangunan Sheraton Hotel Ini Jadi Tumpuan Netizen Sarawak Terletak Di Tengah Kuching, Bangunan Sheraton Hotel Ini Jadi Tumpuan Netizen Sarawak
Next Article Nasi Kukus Daun Pisang Dengan Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Di Qlasixco Cafe Kuching Nasi Kukus Daun Pisang Dengan Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Di Qlasixco Cafe Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?