Harga melampau hingga bebankan rakyat Sabah Sarawak
Dah Macam Pergi Oversea, Netizen Kecewa Tiket ‘One Way’ Ke Sabah Sarawak Cecah Ribuan Ringgit. Sejak dahulu lagi, isu harga tiket penerbangan ke Sabah Sarawak yang melampau menjadi tumpuan masyarakat. Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang lelaki dari Sabah telah merungut mengenai harga tiket penerbangan sehala ke negeri di bawah bayu itu yang mencecah hampir ribuan ringgit. Bukan main lagi, kan?
Paling menyedihkan, apabila tiba musim perayaan harga tiket penerbangan dikatakan berlipat kali ganda sehingga rakyat Sabah Sarawak yang tinggal di Semenangjung Malaysia terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan.

Bukanlah isu baharu
Masalah ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi rakyat Sabah dan Sarawak yang ‘terpaksa’ membayar harga tiket penerbangan yang tinggi untuk balik ke negeri asal masing-masing.
Keadaan ini semakin menyulitkan kerana harga tiket penerbangan yang semakin tinggi, membebankan rakyat Sabah dan Sarawak yang terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Beliau juga menyatakan bahawa harga tiket penerbangan yang mahal telah memberikan kesan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak, terutama mereka yang mempunyai pendapatan rendah.
Dalam ciapan tersebut juga beliau turut ‘menyeru’ Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke untuk mengatasi isu harga tiket penerbangan yang melampau ini. Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini.
Ini pula reaksi netizen
Menerusi ciapan tersebut, dilihat rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat beliau.
Tambah netizen, harga tiket penerbangan ke Sabah diibaratkan seperti membeli harga tiket penerbangan ke luar negara. Paling menghampakan, tiket ke luar negara kadang-kadang jauh lebih murah berbanding ke Sabah Sarawak.

Bahkan, bukan sahaja musim perayaan, harga semasa cuti sekolah juga dikatakan melampau!

Tambah netizen, harga tiket penerbangan ke Sabah Sarawak dikatakan mahal kerana penerbangan tersebut perlu melalui kawalan trafik udara di Singapura. Untuk melalui laluan tersebut, pihak penerbangan dikenakan cukai tertentu oleh Singapura.

Walaubagaimana pun, diharapkan Menteri Pengangkutan Malaysia tampil menyelesaikan masalah ini yang membelenggu sesiapa sahaja yang mahu ke Sabah Sarawak sejak dahulu lagi.