• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari Kota Kinabalu Ke Shantou, AirAsia Buka Laluan Baharu Di Bandar-Bandar China

Oleh
Nazihah AN
27 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Dari Kota Kinabalu Ke Shantou, AirAsia Buka Laluan Baharu Di Bandar-Bandar China

AirAsia perluas rangkaian di China pada separuh tahun kedua

Dari Kota Kinabalu Ke Shantou, AirAsia Buka Laluan Baharu Di Bandar-Bandar China. AirAsia memperluas rangkaiannya di China pada separuh tahun kedua ini dengan melancarkan laluan baharu Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou.

Dengan penambahan dua laluan baharu ini, AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke/dari China, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di negara tersebut. AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Pulau Pinang ke Shenzhen bermula 28 Oktober 2024 manakala penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou akan bermula pada 16 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan.

Dari Kota Kinabalu Ke Shantou, AirAsia Buka Laluan Baharu Di Bandar-Bandar China

Harga penerbangan daripada RM299

Sempena meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan antara Pulau Pinang dan Shenzhen bermula daripada RM329 termasuk semua* sehala  dan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou dengan tambang bermula daripada RM299 termasuk semua* sehala.

Semua penerbangan kini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 8 September 2024. Terbang dari Pulau Pinang ke Shenzhen antara 28 Oktober 2024 hingga 29 Mac 2025 dan dari Kota Kinabalu ke Shantou antara 16 November 2024 hingga 29 Mac 2025 pada tambang promosi istimewa.

Semua rakyat Malaysia layak untuk memasuki negara China tanpa visa bagi tujuan pelancongan sehingga 15 hari sehingga akhir tahun 2025.

Shenzhen dan Shantou yang terletak di wilayah Guangdong terkenal dengan bangunan pencakar langit yang menakjubkan. Para pelancong yang mengunjungi dek pemerhatian, Free Sky di tingkat 116 Pusat Kewangan Antarabangsa Ping An boleh menikmati pemandangan memukau bandar Shenzhen dan Hong Kong. Para pelancong juga boleh melawat Pulau Nan’ao di Shantou untuk menikmati keindahan landskap yang menghijau.

Jadual Penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Shantou (SWA) – mulai 16 November 2024:

LaluanNo PenerbanganPerlepasanKetibaanKekerapan
Kota Kinabalu – ShantouAK 152411:4015:10Selasa, Khamis, Sabtu
Shantou – Kota KinabaluAK152515:5518:55Selasa, Khamis, Sabtu

Jadual Penerbangan antara Penang (PEN) dan Shenzhen (SZX) – mulai 28 Oktober 2024:

LaluanNo PenerbanganPerlepasanKetibaanKekerapan
Penang – ShenzhenAK 169022:452:35 +1Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu
Shenzhen – PenangAK 16913:407:30Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Sewa 6 Pintu Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Tabuan Cemerlang
Next Article Tular Lelaki Pukul Individu Di MJC Batu Kawa, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis Tular Lelaki Pukul Individu Di MJC Batu Kawa, Suspek Kini Dalam Carian Pihak Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?