• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

KPT Umum Permohonan UPUOnline Tahun 2022/2023 Masih PERCUMA, Tak Perlu Beli Nombor Pin

Oleh
Ismail NA
3 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lupakan nombor pin, mohon terus!

KPT Umum Permohonan UPUOnline Tahun 2022/2023 Masih PERCUMA, Tak Perlu Beli Nombor Pin. Setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti atau pusat pengajian tinggi tentunya akan memohon terlebih dahulu melalui satu sistem pusat iaitu UPUOnline. Ini ada satu berita baik untuk anda semua.

Isi Isi Penting
  • Lupakan nombor pin, mohon terus!
  • KPT tanggung sepenuhnya kos pemprosesan permohonan
  • Permohonan UPUOnline tahun 2022/2023 dibuka esok
  • Baca juga kisah inspirasi dan insentif yang boleh anda mohon :

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi, dan Diploma setaraf yang bakal memohon ke pengajian tinggi untuk sesi 2022/2023 masih menikmati pengecualian bayaran nombor pin unik ID.

Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi menerusi sebuah kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan pagi ini.

KPT tanggung sepenuhnya kos pemprosesan permohonan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos bayaran proses UPUOnline yang melibatkan pembelian nombor ID unik menerusi Bank Simpanan Nasional. Pihaknya juga sedia maklum akan kesukaran dan implikasi yang bakal dihadapi oleh bakal mahasiswa jika langkah mewajibkan pembelian nombor ID unik diteruskan untuk permohonan sesi ini.

Justeru, pengecualian ini adalah bagi meringankan beban serta melancarkan lagi urusan bakal mahasiswa untuk melanjutkan pengajian ke menara gading dalam waktu pandemik ini.

KPT Umum Permohonan UPUOnline Tahun 2022/2023 Masih PERCUMA, Tak Perlu Beli Nombor Pin
KPT Umum Permohonan UPUOnline Tahun 2022/2023 Masih PERCUMA, Tak Perlu Beli Nombor Pin. Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia via BERNAMA

Permohonan UPUOnline tahun 2022/2023 dibuka esok

Permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam untuk sesi pengajian tahun 2022/2023 akan dibuka bermula 4 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022. Bersiap sedia untuk memohon program pengajian pilihan anda. Masa depan di tangan anda.

Tekan Sini untuk Permohonan UPUOnline

Baca juga kisah inspirasi dan insentif yang boleh anda mohon :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Uji Tahap Keberanian Anda Di Rumah Hantu Bersiri Pertama Di Sarawak
Next Article Tonton Filem Terkini Di GSC Cinema, Pawagam Baru Menggantikan MBO Di The Spring Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?