• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Beliau merupakan antara 8 guru dari Malaysia yang menerima anugerah tersebut.

Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021. Sememangnya ramai guru yang berdedikasi yang tidak kita kenali dan ketahui. Malah, ada di antara mereka yang sanggup melakukan inisiatif yang ‘ekstra’ bagi memastikan ilmu yang dimiliki dapat disampaikan kepada masyarakat dengan berkesan.

Isi Isi Penting
  • Beliau merupakan antara 8 guru dari Malaysia yang menerima anugerah tersebut.
  • Anugerah profesion keguruan antarabangsa yang mengiktiraf guru cemerlang dari seluruh dunia
  • Cipta idea menarik sehingga ke luar bilik darjah, praktikkan pelajar bercakap Bahasa Inggeris dalam komuniti masyarakat
  • Halangan? Kekangan capaian internet.
  • Guru-guru Malaysia sememangnya ‘awesome’! Lagi cerita menarik tentang pencapaian mereka :

Kegigihan Tessy Anak Rijem, seorang guru Bahasa Inggeris yang berkhidmat di SK Sungai Buloh, Selangau, Sarawak diiktiraf oleh komuniti guru antarabangsa apabila beliau menerima Global Teacher Award 2021.

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan salah seorang daripada 8 guru dari Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut.

Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021
Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021. Kredit foto : The Borneo Post

Anugerah profesion keguruan antarabangsa yang mengiktiraf guru cemerlang dari seluruh dunia

Global Teacher Award 2021 ini merupakan sebuah anugerah yang dianjurkan oleh AKS Education Award, yang juga merupakan anugerah keguruan pertama di dunia yang mengiktiraf guru cemerlang dari seluruh benua dan komuniti di dunia.

Anugerah ini bertujuan untuk menyorot pencapaian serta sumbangan guru-guru cemerlang dari seluruh dunia untuk komuniti mereka dan membantu membina masyarakat menerusi ilham pengajaran yang kreatif dan inovatif, di dalam dan di luar bilik darjah.

Cipta idea menarik sehingga ke luar bilik darjah, praktikkan pelajar bercakap Bahasa Inggeris dalam komuniti masyarakat

Tessy Rijem memberitahu akhbar tempatan bahawa dedikasinya dalam profesion pendidikan bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan komuniti mereka. Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan hasrat tersebut, beliau sedar bahawa pelbagai usaha perlu dilakukan.

Ini termasuklah mencipta pelbagai inovasi pengajaran dan pendidikan seperti menganjurkan pertandingan nyanyian Bahasa Inggeris. Selain itu, Tessy juga menggalakkan murid mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris sekerap yang mungkin apabila bergaul dalam komuniti.

Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021
Gambar hiasan. Kredit foto : FMT

Tambah Tessy lagi, inovasi kreatif ini penting bagi menanamkan pemikiran atau ‘mindset’ dalam kalangan anak-anak pelajar bahawa mempelajari Bahasa Inggeris adalah sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan.

Untuk pelan masa depan, Tessy Rijem mempunyai impian untuk kembali semula ke kampung halamannya dan mencurahkan ilmu kepada komunitinya sendiri.

Halangan? Kekangan capaian internet.

Setiap perjalanan pasti ada halangan. Guru Sarawak ini mengakui bahawa beliau menghadapi kekangan capaian internet terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, halangan tersebut tidak menjejaskan sepenuhnya perancangan program PdPR yang dilakukan oleh Tessy.

Jelasnya lagi, beliau berharap agar pihak kerajaan dapat memainkan peranan untuk mengembangkan programnya dengan lebih jauh lagi menerusi bantuan yang sewajarnya. Menurut Tessy, program inovasi Bahasa Inggeris untuk pelajar dan komuniti ini dirancang sepenuhnya oleh beliau dan tentunya akan dilaksanakan dengan lebih baik sekiranya ada bantuan daripada kerajaan.

Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021
Pembentangan Tessy bertajuk ‘Digital News from Children to Children’ sewaktu program kolokium E-CVNEC : CHUPING VALLEY NATIONAL EDUCATION COLLOQIUM 2021

Dengan pengiktirafan anugerah Global Teacher Award 2021, guru kelahiran Bau ini berasa teruja dan gembira kerana usahanya selama ini diketahui oleh komuniti guru di seluruh dunia.

Congratulations teacher Tessy Rijem!

Guru-guru Malaysia sememangnya ‘awesome’! Lagi cerita menarik tentang pencapaian mereka :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula Dari Tiktok Bantu Jualan Ibu Ayah, Celoteh Remaja Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi Bermula Dari Tiktok Bantu Jualan Ibu Ayah, Celoteh Remaja Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi
Next Article Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?