• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Hal ini susulan pendedahan berani Pandelela Rinong berkenaan jurulatihnya dan gangguan seksual tempoh hari.

Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara. Di sebalik keberanian ratu terjun negara, Pandelela Rinong mendedahkan bahawa beliau dan rakan sepasukan sering diajukan lawak lucah oleh jurulatih mereka suatu ketika dahulu, nampaknya perkara itu dikatakan tidak disenangi oleh pimpinan besar dalam kementerian sukan sendiri.

Isi Isi Penting
  • Hal ini susulan pendedahan berani Pandelela Rinong berkenaan jurulatihnya dan gangguan seksual tempoh hari.
  • Tak faham motif Pandelela
  • Pengalaman ‘tidak enak’ saya adalah untuk kesedaran orang awam – Pandelela
  • Kenyataan media ‘dibetulkan’ oleh Faizal Azumu, Pandelela sambut baik
  • Untuk konteks, ini cerita lanjut tentang pendedahan Pandelela Rinong sebelum ini :
  • Kesan normalisasi lawak lucah dan gangguan seksual boleh membawa kepada kejadian jenayah seperti ini :

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan tindakan Pandelela yang membuka cerita lama tentang skandal gangguan seksual jurulatihnya. Pandelela turut mendedahkan bahawa individu tersebut juga turut terlepas tindakan undang-undang atas dakwaan merogol kerana ‘dilindungi’ oleh ketua jurulatih.

Tak faham motif Pandelela

Menerusi kenyataan Faizal Azumu, beliau tidak memahami mengapa Pandelela masih mahu membangkitkan perkara yang telah lama berlalu itu selain mempersoalkan motif ratu terjun negara berbuat demikian.

Menteri Belia & Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara
Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Foto : BERNAMA

“Saya hanya mahu faham senario keseluruhan. Kenapa baru sekarang, tiba-tiba Lela (Pandelela) mengeluarkan kenyataan sedemikian melalui media sosial beliau sedangkan perkara itu telah lama berlalu?”

Kenyataan Ahmad Faizal Azumu via laporan portal Free Malaysia Today

Pengalaman ‘tidak enak’ saya adalah untuk kesedaran orang awam – Pandelela

Walau bagaimanapun, kenyataan Menteri Belia dan Sukan ini ditepis dengan kenyataan balas padu oleh Pandelela menerusi ciapan di Twitter nya.

Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara
Sumber : Twitter Pandelela Rinong

Jelas Pandelela, beliau berkongsi pengalaman yang ‘tidak enak’ itu bagi memberi kesedaran kepada orang awam dan sokongan kepada mangsa gangguan seksual di luar sana serta individu yang masih dalam dilema. Mereka mempunyai pilihan sama ada untuk bersuara atau kekal diam.

Namun, apa yang paling penting adalah mereka yang mempertahankan kelakukan pelaku dan mereka yang melindungi golongan tidak bermoral ini tidak sepatutnya disanjung.

“Orang lain mungkin akan lupa (gangguan seksual), tapi tidak mangsa,”

Pandelela Rinong, atlet terjun negara

Dalam ciapan lanjut Pandelela, beliau juga masih menyokong sepenuhnya gerakan #rapejokeisnotfunny dan berharap agar mangsa terus bersuara berbanding dirinya yang takut apabila berdepan gangguan sedemikian.

Kenyataan media ‘dibetulkan’ oleh Faizal Azumu, Pandelela sambut baik

Ciapan terkini Pandelela itu lantas dibalas oleh Menteri Belia dan Sukan tersebut dengan pencerahan yang mengatakan bahawa beliau tidak mempersoalkan tindakan motif Pandelela tetapi sebaliknya hanya ingin mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam kem sukan negara tentang gangguan seksual.

Pandelela menyambut baik kenyataan balas Faizal Azumu dan berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Menteri Belia dan Sukan yang sudi mendengar dan mencari tahu kebenaran tentang perkara ini.

Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara
Sumber : Twitter Pandelela Rinong

Semoga masyarakat mempunyai lebih banyak kesedaran tentang perkara ini dan impak negatifnya terhadap negara pada masa akan datang. Yang pasti, ia bukannya mainan dan gurauan kerana boleh menjejaskan kesihatan mental individu.

#rapejokeisnotfunny

Untuk konteks, ini cerita lanjut tentang pendedahan Pandelela Rinong sebelum ini :

Kesan normalisasi lawak lucah dan gangguan seksual boleh membawa kepada kejadian jenayah seperti ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kreatif Dalam Dan Luar Bilik Darjah, Tessy Guru Sarawak Pertama Menang Global Teacher Award 2021
Next Article Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?