• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Krismas Berbeza Buat Penduduk Palestin, Sepi Dan Suram

Oleh
Aina Musa
25 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Krismas Berbeza Buat Penduduk Palestin, Sepi Dan Suram

Hasrat menyambut perayaan krismas terpaksa dilupakan bagi penduduk Palestin

Krismas Berbeza Buat Penduduk Palestin, Sepi Dan Suram. Dunia meraikan sambutan Krismas pada tarikh 25 Disember hari ini, tetapi tidak bagi penduduk Palestin di Bethlehem, Tebing Barat.

Meskipun lokasi berkenaan terkenal dengan tempat suci agama Kristian, gereja-gereja di sana memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.

Krismas Berbeza Buat Penduduk Palestin, Sepi Dan Suram. Sumber: Astro Awani

Ia bagi menunjukkan rasa simpati kepada rakyat Palestin yang menderita akibat serangan dan tindakan pencerobohan serta pengepungan Israel.

Menteri Pelancongan Palestin Rula Ma’ayah berkata, kebiasaannya sebelum ini terdapat pameran lampu dan pokok yang meriah di Dataran Manger, menghiasi malam penganut Kristian, dari luar Church of the Nativity.

Sebaliknya tahun ini, penganut Kristian Palestin dalam keadaan suram, memperdengarkan nyanyian sambil diterangi lilin, dan berdoa untuk keamanan di Gaza, tidak seperti perayaan biasa.

Mereka memutuskan untuk tidak mendirikan pokok Krismas yang besar, di tengah bandar Bethlehem, kerana lokasi pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis hanya 50 kilometer jauhnya dari situ.

Gereja Bethlehem tahun ini turut meletakkan patung-patung di tengah-tengah runtuhan dan kawat berduri sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza.

Sementara itu, Datuk Bandar Bethlehem Hanna Hanania turut berkongsi, menyatakan bahawa Krismas kali ini benar-benar berbeza daripada yang sebelumnya kerana ia diselubungi suasana sedih.

Beliau berkata, sebelum ini, Bethlehem setiap tahun menarik kira-kira 1.5 juta pelancong dari seluruh dunia.

Sebaliknya, pada Krismas kali ini, sektor pelancongan tidak dibuka sepenuhnya sejak permulaan konflik di Gaza pada 7 Okt lalu.

Menurut Rula Ma’ayah, sektor pelancongan Palestin dijangka kerugian ASD200 juta menjelang akhir 2023, kesan serangan Israel ke atas Gaza.

Katanya, sektor pelancongan Palestin menghadapi keadaan yang teruk semasa musim Krismas tahun ini, terutamanya di Gaza dan Tebing Barat, sambil menambah,

Bethlehem kelihatan sangat sepi pada musim sejuk ini.

Penganut Kristian membentuk kira-kira 2% daripada penduduk di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang diduduki.

Baca lagi artikel menarik:

TERKINI Israel Serang Gereja Ketiga Tertua Di Dunia Yang Berusia 1,600 Tahun
Patung Christ Is King Ini Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Di Daerah Bau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patung Christ Is King Ini Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Di Daerah Bau Patung Christ Is King Ini Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Di Daerah Bau
Next Article Destinasi Percutian, Terokai Keindahan Pantai Sematan Dan Lundu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?