• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Patung Christ Is King Ini Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Di Daerah Bau

Oleh
Nazihah AN
25 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Patung Christ Is King Ini Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Di Daerah Bau

Upacara memberkati patung tersebut bakal diadakan pada 1 Januari 2024

Patung Christ Is King Ini Jadi Mercu Tanda Ikonik Baharu Di Daerah Bau. Sebuah mercu tanda baru telah diperkenalkan di daerah Bau, iaitu patung Christ is King, yang berdiri megah di pintu masuk Gunung Singai.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat (22 Dis) berkata, patung itu akan menjadi satu lagi mercu tanda agama yang ikonik bagi penganut Kristian di kawasan itu.

Daerah ini sebagai tapak agama yang penting

“Patung ini akan menyertai barisan mercu tanda agama yang lain, termasuk gereja-gereja dan kemudahan yang sedia ada, separuh jalan ke atas gunung Singai di Pusat Ziarah Peringatan Katolik (CMPC),” katanya.

Awal tahun ini, Harry, selepas berbincang dengan ketua-ketua gereja dan ahli jawatankuasa, berjanji untuk mencipta satu simbol yang menandakan daerah itu sebagai tapak agama yang penting.

Hasil daripada komitmen ini dapat dilihat dalam patung yang megah itu, yang ditempatkan secara strategik berhampiran pintu masuk Gunung Singai.

Selain itu, satu doa berjemaah suci dijadualkan di kawasan pintu masuk pada 1 Januari 2024 jam 10 pagi.

Selepas doa itu, Ketua Biskop Simon Poh akan mengadakan upacara memberkati patung Christ Is King yang baru didirikan itu.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Berkonsepkan ‘Gothic’, Gereja St Peter’s Bakal Tampung Lebih 1000 Penganut Kristian Di Kuching
Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Canai Anjang, Port Sarapan Favorite Warga Kuching Di Plaza Astana Canai Anjang, Port Sarapan Favorite Warga Kuching Di Plaza Astana
Next Article Krismas Berbeza Buat Penduduk Palestin, Sepi Dan Suram Krismas Berbeza Buat Penduduk Palestin, Sepi Dan Suram

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?