I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050

Husna Hazmi 30 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Tahukah anda pernah terdapat ramalan bahawa bandar Kuching akan tenggelam menjelang tahun 2050?

Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050. Dipetik daripada Sinar Harian, pada tahun 2019 terdapat sebuah pusat penyelidikan swasta iaitu Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) yang mendedahkan di Twitter bahawa menjelang tahun 2050, beberapa bandar-bandar utama di Malaysia bakal tenggelam di bawah paras laut.

Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050
Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050. Kredit gambar: Astro Aawani. Gambar sekadar hiasan

Antara negeri yang terjejas adalah

Pendedahan tersebut adalah berdasarkan kajian terbaru Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications. Antara negeri yang bakal terjejas adalah termasuk Sarawak, Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

“Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.

“Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, bandar Kuching juga akan mengecil dan menjadi beberapa buah pulau,” menurut kenyataan tersebut.

Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050
Kredit gambar: Daily Express. Gambar sekadar hiasan

Berjuta penduduk Malaysia akan terkesan

Tambah kenyataan itu lagi, di masa hadapan kelak berjuta penduduk Malaysia akan terkesan dan kebanyakan rakyat akan terpaksa berpindah. Bukan itu sahaja, segala projek perumahan akan dibazirkan, tanah perladangan rosak dan juga krisis kekurangan makanan akan melanda.

Ciapan tersebut menjelaskan, kajian yang dilakukan oleh Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat itu menggunakan model CoastalDEM (Digital Elevation Models) iaitu pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM) pada kajian terdahulu.

“Model CoastalDEM mengurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yang terjejas dengan lebih tepat, berpunca daripada perubahan iklim,” katanya.

Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050
Kredit gambar: Travelelog

Populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut

Dalam masa yang sama, mereka juga turut mendedahkan bahawa di peringkat global, populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus secara keseluruhan.

“Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050.

“Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap,” tambahnya lagi.

Bumi kita yang berusia 4.5 bilion tahun ini sudah semakin nazak. Pencemaran dan pemanasan global yang di tahap kritikal kini adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan air paras laut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan Keluarga Malaysia Bakal Dilaksana, Permohonan Baharu Dan Semakan BKM Dibuka Januari 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Bakal Dilaksana, Permohonan Baharu Dan Semakan BKM Dibuka Januari 2022
Next Article UTC Di Samarahan Hampir Jadi Nyata, Berkemungkinan Berpusat Di Summer Mall

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?