• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

UTC Di Samarahan Hampir Jadi Nyata, Berkemungkinan Berpusat Di Summer Mall

Oleh
Ismail NA
31 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Rundingan sedang giat dijalankan.

UTC Di Samarahan Hampir Jadi Nyata, Berkemungkinan Berpusat Di Summer Mall. Penduduk Samarahan tidak lama lagi bakal menikmati kemudahan yang sememangnya memberi seribu satu manfaat terutamanya dari segi masa untuk berurusan dengan perkhidmatan kerajaan. Tiada siapa dapat menyangkal fungsi Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang begitu besar sehingga mampu memberi kelegaan kepada rakyat atas faktor waktu perkhidmatan yang fleksibel.

Penubuhan UTC ini juga bakal direalisasikan di Samarahan tidak lama lagi. Menurut laporan akhbar, wakil rakyat Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang kini sedang giat menjalankan rundingan bersama pihak pengurusan Pusat Beli Belah Summer Mall untuk tujuan penubuhan itu.

Populasi yang banyak dan didiami oleh golongan pelbagai latar belakang jadikan UTC satu keperluan

Populasi penduduk Samarahan yang besar dan semakin bertambah dari hari ke hari menyebabkan penubuhan UTC ini menjadi satu keperluan untuk direalisasikan. Bukan itu sahaja, UTC ini juga pastinya akan menjadi sebuah pusat perkhidmatan kerajaan yang sibuk memandangkan kawasan Samarahan didiami oleh ramai golongan terutamanya daripada latar belakang pelajar institusi pengajian tinggi, penjawat awam dan swasta.

UTC Di Samarahan Hampir Jadi Nyata, Berkemungkinan Berpusat Di Summer Mall
UTC Di Samarahan Hampir Jadi Nyata, Berkemungkinan Berpusat Di Summer Mall. Kredit foto : tatknows.com

“Tentunya penubuhan UTC ini amat diperlukan oleh golongan ini kerana mereka perlu berurusan dengan pentadbiran awam dengan kerap untuk menguruskan urusan pendaftaran, imigresen, pengangkutan jalan dan sebagainya,”

Rubiah Wang

Jelas Rubiah, penubuhan UTC di Samarahan ini telah pun dikemukakan oleh beliau dalam perbahasan Dewan Rakyat pada persidangan yang lalu. Malah, rundingan secara berterusan juga turut giat dilakukan bersama Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan penubuhan UTC ini bukan sekadar omong kosong.

Tahniah penduduk Samarahan. Langkah ini sememangnya adalah sesuatu yang wajar memandangkan kawasan selatan Sarawak hanya mempunyai satu UTC iaitu di Kuching sahaja.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Antara Bandar Utama Di Malaysia Yang Bakal Tenggelam Jadi Pulau Menjelang Tahun 2050
Next Article Imbas Kembali 5 Kisah ‘Positive Vibes’ Sepanjang 2021 Yang Boleh Bangkitkan Semangat Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?