• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Kekal Gelaran Bandar Pelancong Bersih, Raih 2 Anugerah Pelancongan ASEAN

Oleh
Nazihah AN
29 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kuching Kekal Gelaran Bandar Pelancong Bersih, Raih 2 Anugerah Pelancongan ASEAN

MBKS Raih Dua Anugerah Pelancongan ASEAN

Kuching Kekal Gelaran Bandar Pelancong Bersih, Raih 2 Anugerah Pelancongan ASEAN. Kuching South City Council (MBKS) telah berjaya memenangi dua Anugerah Pelancongan ASEAN iaitu Standard Bandar Pelancong Bersih Negara ASEAN dan Standard Pelancongan Mapan (Gastronomi) Kategori Bandar untuk tempoh 2024-2026.

Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng menzahirkan kebanggaan yang mendalam terhadap pencapaian ini. Beliau menyatakan bahawa anugerah tersebut bukan sahaja mengiktiraf komitmen Majlis terhadap standard kebersihan, malah turut menghargai usaha mempromosikan amalan gastronomi yang mapan.

Kuching Kekal Gelaran Bandar Pelancong Bersih

“Anugerah ini milik semua – setiap penduduk, pemilik perniagaan, organisasi, dan institusi. Pencapaian luar biasa ini diperolehi melalui semangat kecemerlangan dan sumbangan kolektif kita,” ujar beliau.

Standard Bandar Pelancong Bersih Negara ASEAN mengiktiraf komitmen MBKS dalam mengekalkan standard kebersihan dan kehigienan, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan mewujudkan persekitaran yang mesra pelancong.

Manakala Standard Pelancongan Mapan (Gastronomi) Kategori Bandar ASEAN mengiktiraf usaha MBKS dalam mempromosikan amalan gastronomi yang mapan, memelihara warisan budaya serta mengamalkan inovasi dan penjagaan alam sekitar.

Pengiktirafan ini dicapai melalui usaha kolaboratif melibatkan Paradesa Borneo, Riverside Majestic Hotel dari kumpulan Hemisphere, dan Telang Usan Hotel.

Dato’ Wee menggesa komuniti untuk memanfaatkan kejayaan ini dan meneroka peluang baharu bagi pertumbuhan dan pembangunan, menyerlahkan lagi potensi masyarakat yang bersatu padu.

Beliau mengakhiri dengan mengalu-alukan masa depan yang lebih gemilang, “Marilah kita teruskan bergandingan tangan, dipacu oleh kerjasama dan wawasan bersama untuk masa hadapan yang lebih maju dan makmur buat semua.”

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Ragut Di Desa Wira, Dua Suspek Mengaku Bersalah Dipenjara 10 Tahun Dan 10 Sebatan
Next Article KFC Malaysia Sahkan Beberapa Cawangan Dihentikan Operasi Buat Sementara Waktu KFC Malaysia Sahkan Beberapa Cawangan Dihentikan Operasi Buat Sementara Waktu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?