• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Kuching Dah Tak Best,” – Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan

Oleh
Ismail NA
26 Januari 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Adakah benar seperti yang dikatakan?

“Kuching Dah Tak Best,” – Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan. Pernah tak anda mengalami situasi apabila anda tidak tahu nak cadang ke mana bila kawan-kawan tanya pasal tempat menarik, khususnya di Kuching? Akhirnya, netizen Sarawak sendiri ada yang mengakui hal demikian apabila beliau meluahkan isu tersebut di laman sosial miliknya.

Isi Isi Penting
  • Adakah benar seperti yang dikatakan?
  • Pengunjung Waterfront Kuching kempunan nak tengok Musical Fountain
  • Jambatan Satok umpama ‘hangat-hangat tahi ayam’
  • Oh ya, tahukah anda kewujudan Sarawak Digital Mall di dalam aplikasi Shopee? Dapatkan tawaran menarik sempena CNY terus dari Shopee! :
  • Kalau anda banyak tenaga dan sukakan alam semulajadi, ini destinasi menarik yang dekat di sekitar Kuching :

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Wan Ahmad Rafiq, beliau meluahkan kekecewaannya terhadap tempat tarikan di Kuching yang kini sudah hilang seri dan tidak lagi mengujakan seperti dulu.

Situasi ini jelas dapat dilihat melalui dua lokasi utama tarikan pengunjung di Kuching iaitu Tebingan Kuching dan Jambatan Gantung Satok. Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran berbaur teguran ini telah mendapat lebih daripada 700 perkongsian dan 600 tanda suka.

"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
“Kuching Dah Tak Best,” – Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan. Kredit : ZULAZHAR SHEBLEE via THE STAR

Pengunjung Waterfront Kuching kempunan nak tengok Musical Fountain

Jika dahulu, tebingan Kuching atau kerap kali dipanggil dengan nama Waterfront Kuching, menampilkan persembahan Musical Fountain yang memukau pengunjung. Namun demikian, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), persembahan tersebut dihentikan sementara waktu.

Walaupun PKP telah lama berlalu, namun masih belum ada notis dan pengumuman yang jelas tentang waktu operasi semula Musical Fountain tersebut. Jelas Wan lagi, ramai pengunjung yang mengunjungi Waterfront saban hari tertunggu-tunggu akan persembahan tersebut namun akhirnya terpaksa pulang dengan perasaan yang hampa kerana tidak dapat menonton persembahan pancur air tersebut. Hanya penyanyi busker dan peragaan maskot sahaja lah yang akhirnya mengubat sedikit kedukaan tatkala berkunjung ke mercu tanda Kuching tersebut.

"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
Kredit foto : FB Barangkali Marus Kamaruddin

Jambatan Satok umpama ‘hangat-hangat tahi ayam’

Hal yang sama turut terjadi pada Jambatan Gantung Satok. Jambatan yang dibina semula itu dibuka dengan meriahnya pada tahun lalu kini sepi dan kurang menarik. Ada pun lampu warna-warni yang menghiasi jambatan tersebut kini sudah tidak lagi kelihatan.

Sebagai rakyat Sarawak, Wan sejujurnya mengakui bahawa beliau kehabisan kata sekiranya terdapat rakan luar Sarawak yang bertanyakan tempat menarik yang boleh dikunjungi di bumi kenyalang ini. Kurangnya penyelenggaraan dan keadaan tempat yang umpama peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam’ menyebabkan Sarawak (terutamanya di Kuching), ketandusan tempat menarik yang cantik dan benar-benar memukau.

Antara tempat yang lazimnya boleh dicadangkan kepada pelancong luar adalah tempat tarikan lazim seperti Kampung Budaya Sarawak, Jong Crocodile Farm serta resort yang berdekatan dengan kawasan pantai. Selain daripada itu, kebanyakannya sama ada mengikut musim, atau pun terbengkalai seperti sebuah taman air di Semariang.

"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq

Dalam hantaran yang sama, Wan turut mencadangkan agar persembahan musical fountain tersebut dapat dibuka, setidak-tidaknya pada hujung minggu untuk tatapan pengunjung. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan, jangankan pelancong, rakyat tempatan sendiri tentunya kecewa melihat aktiviti pelancongan di negeri sendiri yang begitu pasif dan membosankan selepas PKP dilonggarkan.

Meninjau ke ruangan komen, tidak kurang juga netizen yang mengakui kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Wan menerusi hantaran tersebut. Ada juga yang memberi jaminan bahawa penutupan Jambatan Gantung Satok tersebut hanyalah bersifat sementara dan akan dibuka semula pada bulan Mac depan.

"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq
"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq
"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq
"Kuching Dah Tak Best," - Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq
Sumber : FB Wan Ahmad Rafiq

Di hujung hantaran, beliau berharap agar pihak berwajib dapat memberi perhatian kepada perkara ini bagi mengembalikan semula kemeriahan Kuching sepertimana sebelum ini.

Apa pendapat anda? Kuching adalah bandar utama tempat orang dari luar Sarawak mendarat. Macam sia-sia lah pula kan pergi tempat orang kalau tak ada yang menarik untuk dikunjungi. Memang lah banyak tempat lain di seluruh Sarawak, tetapi kadang kala bersangka baik itu pun perlu ada hadnya, betul tak?

Kalau ada kekurangan, tidak salah untuk kita menegur.

Oh ya, tahukah anda kewujudan Sarawak Digital Mall di dalam aplikasi Shopee? Dapatkan tawaran menarik sempena CNY terus dari Shopee! :

Sarawak Digital Mall

Dapatkan barangan Made In Sarawak terus dari aplikasi Shopee dan dapatkan penghantaran percuma!
Beli sekarang

Kalau anda banyak tenaga dan sukakan alam semulajadi, ini destinasi menarik yang dekat di sekitar Kuching :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam
Next Article Antara Haiwan Paling Bijak Di Dunia, Ini 4 Orang Utan Yang Menunjukkan Kecerdasan Mereka Antara Haiwan Paling Bijak Di Dunia, Ini 4 Orang Utan Yang Menunjukkan Kecerdasan Mereka

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?