I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Oleh Husna Hazmi
26 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Panjang Jejambat Nyabau ini adalah 1.2 Kilometer.

Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam. Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak, Jejambat Nyabau yang merupakan Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB), telah pun dibuka untuk kegunaan orang awam pada jam 11.59 malam semalam (25 Januari 2022).

Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam
Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam. Kredit gambar: Salfian Nawawi

Jejambat ini dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri

Jejambat Nyabau ini berukuran 1.2 kilometer dan merupakan jejambat yang terpanjang di Sarawak. Jejambat ini dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri, bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu. 

Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam
Kredit gambar: Salfian Nawawi

Diingati supaya sentiasa berhati-hati menggunakan jejambat

Di samping itu, para pengguna jalan raya pula diingati supaya sentiasa berhati-hati menggunakan jejambat ini seperti mematuhi had kelajuan maksima (60 kilometer sejam), tidak melepak atau berhenti di atas jejambat, tidak melakukan vandalisme, berlumba serta berjalan atau berlar (jogging) di atas jejambat tersebut demi keselamatan semua.

Selain itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang terlebih dahulu perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik, anda boleh hubungi Unit Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, JKRS di talian 082-230879 atau Norsharizal (TMO) ditalian 011-12605145.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik
Next Article “Kuching Dah Tak Best,” – Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Tarikan Pengunjung Yang Kian Membosankan

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?