• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia

Oleh
Nazihah AN
1 April 2024
Kongsi
7 Min Bacaan
Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia

Agoda bantu pemburu tawaran dengan ranking Destinasi Termurah untuk April dan Mei

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia. Di sebalik pelbagai cuti panjang dan cuti umum yang menanti pada bulan April dan Mei ini, platform pelancongan digital Agoda mendedahkan destinasi pelancongan dengan penginapan termurah secara purata di Asia. Pelancong yang mencari tawaran terbaik di Asia seharusnya menuju ke Udon Thani, Thailand. Manakala di Malaysia pula, Kuching, Sarawak menawarkan kadar bilik paling bersaingan pada bulan April dan Mei.

Menjelang kedatangan bulan-bulan yang padat dengan cuti umum seperti Songkran, Hari Raya dan Perayaan Golden Week, Agoda berkongsi beberapa destinasi pelancongan popular di Asia yang menawarkan tawaran bernilai hebat. Di Malaysia, Kuching terus memegang takhta sebagai destinasi pelancongan paling mampu milik, dengan kadar bilik purata yang lebih rendah pada RM230 berbanding RM282 pada tahun lepas.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia

Destinasi dengan kadar penginapan purata termurah merentasi lapan pasaran Asia adalah Udon Thani di Thailand, Surabaya di Indonesia, Hue di Vietnam, Kuching di Malaysia, Iloilo di Filipina, Bengaluru di India, Narita di Jepun, dan Kaohsiung di Taiwan.

Enric Casals, Naib Presiden Kanan Asia Tenggara Agoda berkata: “Dengan ramai yang menanti cuti umum di serantau Asia seperti Songkran, Hari Raya dan Perayaan Golden Week, April dan Mei merupakan masa yang baik untuk merancang percutian. Menjadi misi berterusan Agoda untuk membantu pelancong melihat dunia dengan kos yang lebih rendah, dan tidak ada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain berkongsi senarai terkini destinasi termurah tepat pada masa popular untuk melancong ini.”

Walaupun merupakan destinasi pelancongan dengan kadar bilik purata terendah, lokasi yang dikaji mempunyai banyak tarikan untuk dilawati. Dari bandar rancak seperti Bengaluru dan Kaohsiung hinggalah ke tebing sungai yang menenangkan di Hue dan Kuching, berikut adalah antara tarikan di sepuluh destinasi termurah di pasaran yang dikaji:

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Udon Thani, Thailand

1. Udon Thani, Thailand (Kadar bilik purata: RM132)

Sebagai salah satu daripada ’empat besar’ bandar di rantau Isaan Thailand, Udon Thani amat sesuai untuk dilawati. Sentiasa ada perkara untuk dilakukan di bandar rancak ini, terutamanya di Taman Nong Prajak dan tasik persekitarannya. Berjalanlah di sepanjang boulevard untuk melawat tarikan seperti Pintu Gerbang China dan Muzium Bandar Udon Thani. Udon Thani mudah diakses melalui lapangan terbangnya. Pelancong antarabangsa juga akan menghargai kedekatan dengan Vientiane, ibu negara Laos, hanya di seberang Sungai Mekong.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Surabaya, Indonesia

2. Surabaya, Indonesia (Kadar bilik purata: RM183)

Surabaya, metropolis Indonesia yang pesat membangun di Jawa Timur, adalah sebuah permata sebenar. Sebuah bandar pelabuhan yang maju dengan segalanya: daripada seni bina warisan hingga pencakar langit futuristik. Surabaya menjanjikan pengalaman budaya yang kaya, berkat percampuran pengaruh Jawa, Cina dan Arab. Jangan lepaskan peluang melawat Pasar Atom yang menawarkan pelbagai kraf tradisional, dan pastikan anda mencuba keenakan kulinari seperti Lontong Balap dan Sate Klopo.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Hue, Vietnam

3. Hue, Vietnam (Kadar bilik purata: RM202)

Hue, terletak di tengah Vietnam, adalah sebuah bandar kaya dengan sejarah dan budaya, pernah menjadi ibu negara Dinasti Nguyen. Bandar ini terkenal dengan monumen bersejarah, termasuk Kota Diraja yang menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan istana dan kuil yang megah. Sungai Perfume mengalir melalui bandar ini, menambah lagi keindahan pemandangan, dan pelawat boleh menaiki bot untuk menikmati pemandangan seni bina sekitarnya. Hue adalah destinasi wajib lawatan di Vietnam.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Kuching, Malaysia

4. Kuching, Malaysia (Kadar bilik purata: RM230)

Kuching, ibu negeri Sarawak di Malaysia, menggabungkan keunikan yang meriah dengan keindahan semula jadi yang memukau. Bandar ini terletak di Pulau Borneo, di tebing Sungai Sarawak. Kuching adalah hab untuk seni dan kraf tangan, dengan Pasar Utama, Jalan Carpenter dan Pasar Minggu sebagai pilihan teratas untuk meneroka kraf tangan dan cenderamata tempatan. Peminat alam semulajadi tidak mahu terlepas peluang melawat Taman Negara Bako yang berdekatan, dengan campuran hutannya yang menakjubkan, hidupan liar dan pantai.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Iloilo, Filipina

5. Iloilo, Filipina (Kadar bilik purata: RM235)

Disebabkan lokasi geografinya yang strategik, Iloilo kerap disebut sebagai ‘Jantung negara’. Nama gelaran ini amat bertepatan bukan hanya disebabkan lokasinya yang strategik, bahkan kerana kumpulan pulau berdekatan yang dipanggil ‘Islas de Gigantes’ mampu mencuri hati setiap pelawat. Pantai yang memukau, laguna tersembunyi, dan sajian makanan laut yang segar terbentang menanti. Berkat banyak mercu tanda bersejarah, Iloilo juga menjadi destinasi popular dalam kalangan peminat sejarah. Semua ini hanya berjiran dengan Bacolod.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Bengaluru, India

6. Bengaluru, India (Kadar bilik purata: RM259)

Bengaluru, ‘Lembah Silikon India’, lebih daripada hab teknologi yang pesat membangun. Ia adalah tempat di mana kehebatan dunia lama dan moden bertemu. Tempat untuk mengalami kedua-dua masa lalu dan masa depan India. Ketika semangat inovatif kota ini mempengaruhi budaya setempat, terdapat banyak lokasi bersejarah yang menarik untuk dilawati. Seperti Istana Bangalore yang megah atau Kuil Nandi dari abad ke-16. Satu lagi sebab untuk memasukkan Bengaluru dalam senarai destinasi wajib lawatan ialah kerana landskap kulinarnya yang terkenal dengan pelbagai kelazatan Selatan India.

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Narita, Jepun

7. Narita, Jepun (Kadar bilik purata: RM334)

Apabila memikirkan Narita, perkara pertama yang terlintas di fikiran pelancong antarabangsa mungkin Lapangan Terbang Antarabangsa Narita yang terkenal, pintu gerbang ke Tokyo. Namun Narita, sebuah bandar di Wilayah Chiba, Jepun mempunyai banyak lagi tarikan selain kemudahan perhubungan. Malah, Narita menawarkan banyak elemen kuintesen yang menjadikan Jepun terkenal, seperti Kuil Shinshoji, Jalan Tradisional Naritasan

Kuching Sarawak Antara 8 Destinasi Paling Berpatutan Di Seluruh Asia
Kaohsiung, Taiwan

8. Kaohsiung, Taiwan (Kadar bilik purata: RM475)

Bandar kedua terbesar di Taiwan, Kaohsiung, tidak sepatutnya diketepikan dalam jadual pelancong ke Taiwan. Bandar ini mudah diakses berkat lapangan terbangnya yang antarabangsa dan sambungan rel lajunya ke Taipei dan Taoyuan. Setelah tiba, Daerah Yancheng di bandar ini merupakan tempat yang harus dilawati. Ia adalah tempat yang hebat untuk bersiar sambil menikmati kemeriahan seni jalanan, dan menikmati sesi membeli-belah di gedung-gedung stor di perabung. Merancang lawatan ke Kaohsiung? Kekal memantau jadual di ‘Big Egg’, Kaohsiung Arena, yang mampu menampung hampir 85,000 pengunjung dan baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada bintang antarabangsa seperti Coldplay dan Blackpink.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia
Kuching Menjadi Destinasi Pelancongan Ketiga Yang Mampu Milik Di Rantau Asia Pada Tahun 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Hari Raya
Next Article Bekas Anggota Polis Seludup Tiga Warga Indonesia Di Betong Dipenjara Dua Tahun Bekas Anggota Polis Seludup Tiga Warga Indonesia Di Betong Dipenjara Dua Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?