• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia

Oleh
Nazihah AN
27 Mac 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia

Menurut majalah International Living, Kuching Sarawak tersenarai dalam destinasi persaraan selesa

Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia. Kuching, ibu negeri Sarawak terletak di Pulau Borneo, telah diiktiraf antara 13 tempat paling berpatutan untuk bersara di seluruh dunia oleh majalah International Living.

Pengiktirafan ini dikongsikan dalam sebuah laporan bertajuk ’13 Places Where You Can Live on as Little as $1,500 a Month’ yang diterbitkan pada 27 Februari lalu. Laporan tersebut menyatakan Kuching adalah sebuah bandar raya bersejarah dengan bangunan kolonial lama dan menara moden. Jalanannya yang sibuk dipenuhi penjaja makanan dan peniaga jus, memberikan aura yang meriah tidak seperti bandar lain di Malaysia.

Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia

Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia

Selain berpatutan, International Living Megazine turut menonjolkan Kuching sebagai salah satu daripada 13 tempat luar biasa di mana pasangan boleh menikmati kehidupan selesa dengan perbelanjaan $1,500 (RM6,900) sebulan, meliputi semua keperluan asas seperti perumahan, penjagaan kesihatan, makanan dan lain-lain.

Kecantikan alam semula jadi Kuching dengan Sungai Sarawak yang membelah bandar serta Istana Raja Brooke turut menyumbang kepada tarikan pelancong ke sana. Dengan pelbagai kedai barang antik bersusun di tepi sungai, pengunjung berpeluang menikmati suasana membeli-belah yang unik. Kadar sewaan rumah tiga bilik di tepi sungai hanyalah $700 sebulan, manakala kos sara hidup bulanan pasangan adalah tambahan $500 sahaja, tidak termasuk sewa rumah.

Selain lokasinya yang berhampiran dengan taman-taman negara dan destinasi peranginan menarik, sistem penjagaan kesihatan dan pendidikan berkualiti di Kuching juga diakui oleh International Living Magazine sebagai antara kelebihan negara ini. Malaysia disenaraikan antara 10 tempat terbaik untuk bersara dalam Indeks Persaraan Global 2024 oleh majalah berkenaan yang memuji kepelbagaian budaya, keindahan semula jadi dan keramahan rakyatnya.

Selain Kuching, antara destinasi lain yang tersenarai dalam 13 tempat berpatutan untuk bersara ialah Penang (Malaysia), Chiang Mai (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Hoi An (Vietnam), Queretaro, Isla Mujeres dan Cozumel (Mexico), Armenia (Colombia), Arenal (Costa Rica), Alicante dan Granada (Sepanyol), serta Bergerac (Perancis).

Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia

Malaysia turut mendapat pujian atas persekitaran yang selamat dan kondusif untuk warga asing menjalani kehidupan sejahtera di sini. Kadar jenayah yang rendah, infrastruktur yang baik serta kemudahan awam yang bersih dan terurus menjadikan negara ini pilihan menarik bagi mereka yang ingin menikmati usia persaraan dalam suasana aman dan selesa.

Selain itu, kepelbagaian budaya yang harmoni di Malaysia juga dianggap satu tarikan istimewa. Warganegara dari pelbagai latar belakang kaum dapat hidup bersama dengan aman dan saling menghormati adat resam masing-masing. Suasana seperti ini memberikan peluang untuk expatriat mendalami budaya tempatan serta bergaul dengan masyarakat setempat.

Cuaca yang sesuai sepanjang tahun di kebanyakan kawasan di Malaysia, ditambah dengan keindahan taman-taman dan kawasan rekreasi semulajadi turut menyumbang kepada kualiti kehidupan yang baik untuk golongan persara. Kelebihan-kelebihan inilah yang menjadikan Malaysia salah satu negara terbaik untuk bersara mengikut penilaian International Living Magazine.

Baca juga artikel menarik, di bawah:

Sabah Sarawak Jadi Destinasi Popular Di Kalangan Pelancong Brunei
Sarawak Tawan Hati Pelancong Luar, Dipilih Sebagai Destinasi Percutian Premium
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua ‘Kantoi’ Melalui Sistem PADU
Next Article Sindiket Seleweng Diesel Guna Lori Tanah Terbongkar Susulan Kejadian Minyak Tumpah Di Jalan Kulas Sindiket Seleweng Diesel Guna Lori Tanah Terbongkar Susulan Kejadian Minyak Tumpah Di Jalan Kulas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?