• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua ‘Kantoi’ Melalui Sistem PADU

Oleh
Farisha
27 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sistem PADU didakwa boleh ‘kantoikan’ lelaki sembunyi kahwin dua?

Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua Kantoi Melalui Sistem PADU. 31 Mac merupakan tarikh akhir untuk rakyat Malaysia mengisi dan mengemaskini maklumat mereka dalam Pangkalan Data Pusat (PADU) sebelum bantuan bersasar dilaksanakan pada 1 April.

Melalui maklum balas di media sosial, ramai masih enggan mengisi sistem tersebut kerana bimbang maklumat data mereka akan bocor dan disalahgunakan oleh pihak bertanggungjawab.

Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua Kantoi Melalui Sistem PADU
Enggan Isi PADU, Lelaki Bimbang Rahsia Kahwin Dua Kantoi Melalui Sistem PADU. Sumber: Facebook

Kebimbangan kebocoran data peribadi dalam PADU

Namun, seorang ahli perniagaan di Temerloh, Pahang tidak mahu mengisi sistem itu kerana bimbang perkahwinan keduanya akan ‘terkantoi’.

Menurut seorang peguam di laman Facebook, Ahmad Nizam Hamid, rakannya yang berusia 50-an telah berkahwin secara senyap dengan pekerjanya sendiri sejak tiga tahun lalu di Perlis atau Terengganu supaya tidak perlu mendapat kebenaran daripada isteri pertamanya.

Lelaki Temerloh bimbang isteri pertama tahu perkahwinan kedua disebabkan sistem PADU

Beliau bimbang jika mengisi nama isteri keduanya dalam PADU, isteri pertamanya akan mengetahui perkahwinan rahsianya itu.

Walaupun tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga rakannya, Ahmad Nizam hanya mampu mengakui tidak ada jawapan untuk situasi rumit tersebut.

Ahli perniagaan itu mempunyai jurang usia 20 tahun dengan isteri keduanya yang beranak dua orang. Manakala dengan isteri pertamanya berusia 40-an pula, mereka mempunyai empat orang anak.

Isteri pertama tidak pernag mengetahui kewujudan isteri kedua

Isteri kedua ahli perniagaan itu tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh tetapi isteri pertamanya tidak pernah mengetahui kewujudannya.

Bagaimanapun, Ketua Perangkawan Malaysia berkata PADU terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi hampir 100 hari tanpa gangguan, meyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Kenyataan Rasmi Sarawak Mengenai Pelaksanaan PADU Di Sarawak
Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pencipta Kandungan Singapura Puji Sarawak Sebagai Negeri Terbaik Dengan Bajet Berpatutan
Next Article Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia Kuching Sarawak Diiktiraf Antara 13 Destinasi Berpatutan Untuk Persaraan Selesa Di Seluruh Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?